ya tuhan....
berilah aku cahaya ketenangan,
cahaya yang boleh membawa ku
ke jalan yang benar,
yang boleh mnyempurnakan hidupku,
yang boleh menerangi segala kegelapanku...
ya tuhan...
kirimkanlah aku kelembutan angin,
angin yang boleh membuat ku sentiasa selesa,
angin yang boleh memberiku ketenangan,
angin yang boleh menjawab segala pertanyaan..
ya tuhan...
kurniakan lah aku dengan seribu bintang,
bintang yang sentiasa berkeliauan,
yang bisa memberiku kebahagiaan,
yang boleh menemaniku sepanjang zaman...
ya tuhan...
hanya engkau yang boleh
menurunkan segalanya,
dan hanya engkau yang boleh
memberikan ku segala nikmat,
dan hanya engkau
yang mampu menyempurnakan
segala kemahuan...
sesungguhnya,
tiada ciptaan lain yang setanding denganMu,
hanya padamu kuberserah,
dan hanya padamu ku bermohon...