Mulanya aku nak letak "typical malay man". Tapi bila fikir balik, aku tak pasti apa yang typical malay man.. sebab Fit bukan kategory tu, more tu category rare species . Kenapa aku cakap rare...
kengkawan dok pesan kat aku, jangan tinggalkan Fit, sbb Fit baik.. terbalikkan..selalunya lelaki yg kena nasihat mcm ni.. And ramai jugak kengkawan lelaki yang cakap aku sangat bertuah
Sabar - Fit seorang yang sabar. Sabar bukan kat aku jek, kat mamak yang dia order makanan, makanan tak sampai pun dia sabar, kat orang yg tetibe masuk lane tgh drive tanpa kasi signal pun dia sabar. Dan dia selalu je pesan kat aku jadi orang yang sabar... selalu.. especially bila aku hot tempered.
Hak Isteri - Dia faham hak aku sebagai isteri, tak payah nak ingatkan.. nafkah zahir, belikan baju, belikan apa2 yang aku suka.. bukan aku jenis mintak.. atau demanding..walau dia bagi aku rm50 utk belanja apa aku suka pun aku dah happy menggunung. Bukan nilai yang aku pandang, sebab nilai tu aku lebih dr mampu. tapi aku tak nak suami aku berat ke neraka sebab lupa hal sekecil mcm nafkah utk isteri. Aku tak nak jadi isteri mulut kata tak kisah x de nafkah tapi hati berbunyi. Aku jenis isteri, janji bagi walaupun sikit. sbb tu wajib utk aku sebagai isteri. kalau nafkah aku dia takleh bagi cemana hal yang lain?
Suprised - Sejak aku kenal dia, macam2 jenis suprised dia buat.. hantar bunga kat office, belikan phone, tetibe muncul kat office aku , padahal dia kerja kat Kuantan. Few tiems pernah rasa candle light dinner, tapi tak pernah rasa candle light dinner satu restaurant pernuh bunga, bebetul romantic mcm novel pulak aku rasa.. seriously he made me cry... sbb tak pernah ade orang buat such effort untuk aku.
Beriman - Bab ni paling panjang... kenapa dia yang paling
terbaik untuk aku.. honestly, untuk berubah tu bukan mudah. Especially to be a
good Muslim and yes you need someone that who can assist and guide you for the
whole of your life. Cliché sangat kalau bf tolong kejutkan gf bangun subuh.
Well you can still fake it. But after married, you only can see the true color.
Usually dia yang akan bangun subuh and
kejutkan aku. Regardless, dia terlambat bangun sekali pun dia tetap akan
tunaikan solat Subuh. Of course walau dah pukul 7 pagi sekalipun dia tetap akan
kejutkan aku untuk Subuh.. even he needs half and hour untuk pujuk dan pujuk
dan pujuk, his wife untuk solat. Bukan sekali cakap, tapi berkali2 sampaikan
macam tak sanggup nak dengar dia cakap tepi telinga. Lembut, tak tinggikan
suara.. jauh sekali nak marah.. “bangun.. my wife.. solat… kejap je solat…nanti
sambung tido” berulang kali.. sampai la aku give up dan bangun.. He is a man with an action. Selalu pujuk aku
pakai tshirt lengan panjang, kalau tshirt pendek, suruh pakai cardigan la. To
make sure I really wear it, dia sendiri akan belikan.. walau pun bermacam macam
jenis color. Janji aku tutup aurat.. How can I say no? Kalau suaranya lembut,
pujukan pun lembut, takde ugut.. Kalau aku degil, dia tanya “Tak sayang saya
ke?”, “Cantik kat mata saya (him) yang penting..”