Register Login
CariDotMy Return home

emerald-jade's space https://b.cari.com.my/?1644568 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

How I Met my Other Half

Hot 1Viewed 7901 times5-12-2016 10:49 PM

Sebenarnya dah giveup cari so called 'other half' ni. Asyik jumpa wrong person, penat nak start fresh balik.. terganggu emosi jadinye..

Seorang sahabat bagi nasihat, doala cara yang betul.. mintak apa yang kau perlu... bukan apa yang kau nak.. her words snapped me. All this while, memang aku doa, tapi sebut nama orang tu.. mintak Allah mudahkan dgn dia.. endup putus jua.. bukan dia jodoh aku..

Sejak tu, aku doa..allah bagi apa aku perlu dan yang terbaik untuk aku. Tak lama.. kurang dari 5 bulan. Muncul Fit.. (my husband now)

Fit bukan mcm lelaki2 aku pernah dating. Aku suka yg swag, suke yang bad boy, suke modern type.. Konon2 sama spesis la dengan aku yang modern ni. Dia, low profile, first time dating die naik motor kapcai.. not my taste!! Ada ke die suh aku drive kete sendiri, and dia follow kete aku naik motor kapcai dia..  Choi sangat.. 

tapi entah kenapa, first time dating berdua tu aku spent 6 jam berborak dengan dia, sampai dua kedai melepak.. jadi diri sendiri, cakap pasal life, pasal hal2 dunia, tak perlu aku fake atau try hard nak impress dia..  for the first time, juz me.. Thats where aku rasa aku suke keluar dengan dia.. aku tgk dia dr sudut berbeza.. dari sudut diri dia, humble dia dan lepas tu aku dah start pasrah, pasrah aku suke kat org yg biasa jek.. motor kapcai jek.. aku redha la kalo dpt bf naik motor kapcai.. dalam hati ckp, xpela leh naik kete aku jek... 

So aku nekad nak ngorat Fit, member ckp laki baik jgn lepaskan.. dan aku pun dah tak nak teka teki buang masa, kalau nak leh proceed kalau tak nak xpe.. tp masa tu aku da 90% sure la dia suke aku.. cuma x pernah ckp jek.. well it only takes us a month jadi sangat2 rapat.

Bila kami da official, dating, masa tu bulan puasa, aku mintak dia teman aku g umah auntie ambek kuih raya.. dia ckp,  dia akn jemput aku.. so aku fikir dia nak jemput aku naik motor ke.. nape die tak suh aku drive jek.. risau nak naik motor ni.. dah bertahun tahun aku tak pernah naik motor. kat parking aku carila motor kapchai dia tu.. takde pun.. tapi ade satu suv.. dlm hati, takkan la suv tu kot.. pastu dia bukak tingkap lambai2.. terkejut den.. dia ckp aku dia nak bawak aku g satu tempat sblm berbuka.. dia tak pernah bawak sesiapa kecuali mak bapak dia.. aku wonder, dia nak bawak g mana.. risau pun ye gak.. kami masuk satu kwsn perumahan, rupanya dia nak tunjuk rumah dia.. dia kata rumah ni kosong.. dia beli dah lama tp duduk. memang aku tau dia sewa bilik bujang jek pun selama kami dating ni.  then lepas tgk2 rumah tu, g rumah auntie aku plak untuk bukak pose, 

Kira first time aku bawak someone jumpe family, parents pun blum time tu. Auntie aku ckp dia approve. Dia suka sangat kat Fit. Dia ckp Fit is family man, mcm arwah husband dia. Aku senyum kelat je la.. Balik dari rumah auntie, dia ckp nak singgah satu tempat. Rupenye, dia ada beli another rumah kat area rumah auntie aku.. 2x terkejut dibuatnye.. 

Yela, aku sebenarnya da redha, sbb fikir aku sendiri ada rumah ade kete, so aku nak cari partner kalau tak kaya pun xpe, janji bjwb sayang aku gitu.yg penting beriman. kenapa beriman????? nant aku huraikan... padahal dulu takde pun ciri ni dlm list aku.. muahahahha...  So memang aku terkejut bila tau dia berharta rupanya.. sebab aku da ready utk downgradekan, da ready utk tgk kualiti lelaki dari sudut yg berbeza..

konklusinye, check balik niat kita, ciri kita nak dlm mencari pasangan.. the rest Allah akan aturkan .. sebab dia tau apa yg terbaik utk kita

Leave a comment Comments (1 Comment)

Reply dreamye 2-10-2020 04:48 AM
This casino site can not boast of any type of honors or distinctions, neither does this on-line casino have any kind of authorization. Nevertheless, the casino protects great evaluations and also good jackpots. Users are satisfied with the quality of the video games, and the casino site is in an excellent mood for their players after the game. The site offers its dear individuals regarding 472 slots as well as numerous various other video games, board and also card. Come in and also select. There are also live suppliers who are ready to have fun with you 24 hours a day as well as 7 days a week. Online gambling enterprise website covers only 4 countries. https://slotologingamesonline.com  additionally provides its gamers the opportunity to print involvement in the promo as well as win a holiday in a luxury hotel in Thailand. As for payments, the website warranties 100% repayment to its customers, as well as to VIP program individuals, repayments will be made in an increased setting. The figure in financial deals is 20.

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.117534 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top