Sejak aku kembali pegang title 'availabe' ni, silih berganti yang datang menjengah..
Belum ada rasa..belum ada getar..
Belum terbuka untuk menyulam kasih..
Pintu hati tertutup rapat.. diri sendiri menyorok jauh..
Takut sebenarnya..
Takut untuk jatuh dan takut jugak untuk sakit..
Sebab yang menangung nanti aku sendirian..
Sekadar kawan. Titik.
Hanya itu yang mampu aku berikan.
Keluar berteman pun aku tak sudi..
Biarlah seorang diri, janji aku bahagia..
Bukan aku sombong, bukan aku memilih..
Tapi hati cakap..jangan lagi..
Aku masih sakit..
Aku perukan seseorang..kata fikiran..
Aku jadi resah gelisah bila sendirian..
Aku akan ingat dia..
Hati pula menongkah..
Aku sedang sakit yang teramat..
Aku perlu sembuh..
Aku tak tahu bila..
Tapi aku tahu masa akan membantuku..
Aku tadah tangan kembarku, mendongak langit..
Aku mohon,
Lapangkan hatiku
Tenangkan jiwaku
Jadikan aku insan yang redha
Dan gantikan setiap kedukaan dengan kebahagiaan..