Hot 17
Sabda Rasullulah S.A.W: "Berilah makan
buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil kerana sekiranya wanita hamil
itu memakan buah kurma, nescaya anak yg bakal dilahirkan itu bakal
menjadi anak yg penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya!"
Kisah dan Asal Usul Kurma AJWA
Kurma AJWA disebut juga sebagai Kurma Nabi atau Kurma Rasullullah.
Mengapa disebut Kurma Nabi?!
- Menurut asal usulnya Kurma Ajwa ditanam
sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W di Kota Madinah sekitar 14 abad yg
lampau. Hingga kini pohon Kurma Ajwa di Madinah jumlahnya tidak banyak
iaitu hanya sekitar ratusan. Jadi, tidak hairan lah jika harganya pun
agak mahal.
Diceritakan pada suatu hari Rasullullah
S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa satu makanan
pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.
Malaikat Jibril yg melihat keadaan
Rasullulah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah
S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan unruk Rasul kesayangan Nya
berbuka puasa. Lalu Allah S.W.T yg sememangnya Maha Mengetahui segalanya
memperkenankan permintaan Malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah
kurma yg istimewa ini untuk Rasullulah S.A.W berbuka puasa.
Setelah selesai iftar, biji kurma tersebut
kemudian ditanam oleh Rasullullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah
seterusnya pokok kurma AJWA ini membesar di kawasan Madinah dan
dimaklumkan juga kurma AJWA tidak akan hidup dan berbuah di mana2 tempat
selain Madinah.
Di antara Hadis2 dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma
■ Sabda Rasullulah S.A.W: "Rumah yang tiada kurma, nescaya penghuninya kelaparan."
■ Daripada Abu Musa r.a katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya
kepada Nabi S.A.W lalu baginda menamaknnya dengan nama Ibrahim dan
meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
■ Saidina Ali r.a meriwayatkan: "Barang siapa yg memakan 7 butir tamar
setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."
■ Daripada Abdullah Jaafar r.a katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak."
■ Hadis Saad r.a, Rasullulah S.A.W pernah bersabda: "Sesiapa yg memakan
7 biji kurma di antara La Bataiha [2 Tanah tidak berpasir di Madinah]
pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai ke
petang."
■ Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yg bermaksud: "Diceritakan oleh Jumaah
bin Abdullah yg disampaikan oleh Marwan yg mendapat berita daripada
Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan
Rasullullah S.A.W bersabda: Brang siapa yg memakan 7 biji tamar 'Ajwah'
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."
■ Daripada Anas bermaksud: "Rasullulah S.A.W berbuka puasa dengan
beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat
kurma, maka Rasullullah S.A.W akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum bebrapa teguk air."
- [Hadis Riwayat Ahmad]
■ Riwayat daripada Muhammad bin Ali al Husayn bermaksud: "Kurma AJWA
adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun [Al Samm]."
■ Diriwayatkan pula oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib: "Barang
siapa yg memakan kurma AJWA 7 kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan
penyakit atau keracunan [Ad Dud] di dalam tubuhnya."
■ Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullulah S.A.W pula,
berkata Iman Ali a.s yg berbunyi, Jibrail a.s datang kepada Nabi S.A.W
dan berkata: "Bergantunglah pada Al Barni kerana ia adalah sejenis kurma
yg terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka."
■ Rasullulah S.A.W bersabda: "Makanlah kurma sebelum sarapan untuk membubuh cacing di dalam perut."
■ Daripada Adiy bin Hatim ia berkata, "Saya mendengar Rasullulah S.A.W
bersabda: Hindarilah api neraka walaupun [dengan memberi sedekah]
sebelah buah kurma [Hadis Riwayat Bukhari]"
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya
kita bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar dari api neraka.
■ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasullulah S.A.W memakan buah2an dengan kurma masak."
ADVERTISEMENT