Register Login
CARI Infonet Return home

BlueRose99's space https://b.cari.com.my/?1042538 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

VASELINE PETROLEUM JELLY

Hot 3Viewed 1675 times10-7-2013 04:09 PM

Kegunaan dan Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly amat banyak dan sangat berguna kepada kita. Apabila anda menyapu ke kulit, gel ini meresap sempurna ke pori-pori kulit dan dengan cepat akan mengganti sel kulit mati dengan sel kulit baru yang sehat. Setelah meresap kedalam kulit, gel ini akan menghalang kehilangkan air dan menyebabkan kulit kita sentiasa lembab.

Vaseline Petroleum Jelly boleh digunakan sebagai: 

MENYEMBUHKAN LUKA

Ketika pertama kali dijual di pasaran, Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi luka dan goresan. Petroleum Jelly bertindak sebagai penghalang luka dari bakteria dan air serta kelembapan sehingga mempercepat proses penyembuhan.  

MENGATASI BIBIR MEREKAH ATAU MENGELUPAS [PECAH-PECAH]
Mengoleskan Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Petroleum Jelly juga boleh digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte.

MENGHILANGKAN KULIT KERING DAN KASAR
Kulit kering and kasar selalunya adalah di bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya sapukan Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali selepas mandi.

MENGHILANGKAN JERAWAT
Sebelum tidur malam sapukan Petroleum Jelly di jerawat dan Inshaa Allah jerawat akan kecut pada keesokan harinya.

MENGILAP BEG TANGAN DAN KASUT
Petroleum Jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang dibuat dari kulit. Caranya: Dengan sapu Petroleum Jelly nipis-nipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.

MENGECAT KUKU
Sebelum mengecat kuku sapukan Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat terkena kulit, anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu, Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan Petroleum Jelly sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas.

MENGHAPUSKAN MAKE-UP
Petroleum jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover lainnya. Petroleum jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit.

MENCEGAH GATAL-GATAL
Jika kulit memerah dan gatal-gatal, sapukan Petroleum Jelly di tempat yang gatal.

BAU MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Sebelum menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher, sapukan Petroleum Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan tahan lebih lama.

RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda, sapukan Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi.

PANJANGKAN BULU MATA
Sebelum tidur malam, ambil sedikit Petroleum Jelly dan sapukan pada bulu mata anda.


Leave a comment Comments (3 Comment)

Reply Thanos123@ 17-2-2019 03:22 PM
Must be like to players exited to join site here https://mahjongconnectonline.com and Play free mahjong connect online game with all friends online.
Reply RaginiEHarris 23-5-2020 03:46 PM
Thanks for sharing this site.
Reply lipek 4-5-2021 01:50 PM
สล็อต ออนไลน์ ฝาก-ถอนไม่มีขั้นต่ำ ตลอด 24 ชั่วโมง คาสิโนเครดิตฟรี รม เกมสล็อต สล็อตผลไม้ สล็อตออนไลน์ผ่านมือถือ ไม่ต้องโหลด Line : @imirich สล็อตออนไลน์ฟรีเครดิต https://imirich.com/สล็อต

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.028221 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top