Register Login
CARI Infonet Return home

BlueRose99's space https://b.cari.com.my/?1042538 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

HIDUP IBARAT PUTARAN RODA

Hot 3Viewed 8023 times9-5-2013 10:12 AM

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba2 pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya, tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. 'Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?!'

Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab, 'Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!' Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis.

Tidak lama selepas itu, perniagaan suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bangkrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu, disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula, bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang tu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya, 'Bolehkan saya memberi makanan kepada pengemis ini?!'

'Ya! Berilah makanan kepada pengemis itu!'

Selepas memberi pengemis itu makanan, si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, 'Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?'

Si isteri menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, 'Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukan siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas suamiku.'

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, 'Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dihalaunya dulu!'

Leave a comment Comments (3 Comment)

Reply Sunny1234 5-4-2019 11:45 PM
Looking here site and get https://jumblesolver.online for more fun.
Reply jhuly 13-6-2019 12:17 AM
good
wonderfull

Visit here to learn how to  remove password in window 10 to a wonder site.window 10 is one of the most used operating system in the world.if you want to use other PC and It has password protected. you can visit here

<a herf="https://removepasswordwindows10.xyz/">remove password in window 10</a> and learn how to remove password in windows 10
Reply lipek 4-5-2021 01:58 PM
สมัครเล่นเกม Sa gaming 66 พร้อมแจกโบนัสฟรีเครดิต เล่นบาคาร่าออนไลน์ สล็อตออนไลน์ ฝากถอนไม่มีขั้นต่ำ ออโต้ พร้อมระบบทดลองเล่น sagame https://sagamepremier.com/

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.094980 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top