Register Login
CARI Infonet Return home

BlueRose99's space https://b.cari.com.my/?1042538 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Untuk renungan n perhatian ISTERI2 n bakal ISTERI...

Hot 2Viewed 750 times3-5-2013 10:10 AM

 Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami n bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.

Walaupun mereka tidak pernah 'complaint' tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 n membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun n mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja... tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.

Saya berkerja sebagai seorang Eksekutif n suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah n kereta, saya yg membayarnya demi suami yg mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga... pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2 n sarapan utk suami. Saya memandu sendiri ke pejabat n setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yg menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah 'complaint' pasal perwatakan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya... kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yg suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka n bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan tetapi setelah dikemukakan bukti n sebagainya baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya?! Dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yg kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya. Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yg dilihat cantik, menarik minat lelaki lain n bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yg cantik, perut yg nipis, bau yg sedap, fashion yg menarik...

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yg sangat biasa saja... kuku saya pendek n kadang kala rosak kerana memasak, rambut pula kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber tshirt n berkain batik...

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yg dibanggakan tentang saya... bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, 'career', mempunyai 'taste' yg tinggi n dapat membantu dia mengenali dunia yg baru mengenai fashion, korporat... jadi dia merasakan seperti lelaki yg berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini... kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri... ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yg boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri 'Slimming Session' n membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri! Biarlah saya pendek n sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan n kelihatan menarik!

- Wanita Muslimah -

Leave a comment Comments (2 Comment)

Reply nobi_suka 12-11-2019 10:56 AM
A very interesting topic that I have considered, I think this is one of the most important information for me. And I'm glad to read your article. Thanks for sharing! https://drivingdirectionss.com
Reply lipek 4-5-2021 02:08 PM
어린이는 물론 청소년 및 성인도 재미있게 즐기는 원어민 1:1 영어과외 | 줌, 채팅, 화상영어! A급 강사 다수보유, 저렴한 가격으로 영어회화 정복 화상영어 https://xdenglish.net/

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.035377 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top