Hot 2Viewed 1032 times15-1-2014 12:57 PM|Personal category:Recipe
1/2 cawan mentega 2 sb gula castor 1/4 st garam 1 cawan tepung gandum 3 biji telur A 1 cawan air Minyak Untuk menggoreng
Gula ising utk hiasan Sos Coklat ------------ Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana. Perlahankan api dan masukkan tepung. Kacau lebih kurang seminit hingga rata. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk adunan, masukkan telur sebiji2 sambil diputar dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Masukkan adunan kedalam pastry bag/piping bag (guna muncung bintang) dan picitkan adunan lebih kurang 4 inci panjang ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng hingga keperangan dan tabur dengan gula ising dan nikmati dengan sos coklat yang panas. (sedap dimakan ketika masih panas).
Sos Coklat -------------------
Coklat masakan (dark coklat) Susu segar -------------------- Masukkan susu dan coklat masakan(/lebih sedap sekiranya menggunakan dark coklat) yang dicincang ke periuk dan masak di atas api hingga coklat cair. Pastikan sos coklat tidak terlalu pekat.