Register Login
CARI Infonet Return home

Catalina https://b.cari.com.my/?1038341 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Sardin Roll

Viewed 926 times15-1-2014 12:32 PM |Personal category:Recipe| sardin, roll

SARDIN ROLL

Bahan-bahan 
( Untuk Pastri - 27 biji small size ) 
300 gm Tepung Gandum 
120 gm Mentega Sejuk
3 sb Air Sejuk 
Secubit Garam 

Cara-cara Untuk Pastri  
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk. 
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung. 
Ramas 
tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti. 

+++++++++++++++++++++++

Untuk bahan-bahan untuk inti 

1 Tin Besar Sardin 
1 Biji Bawang Besar - Dihiris * 
3 Ulas Bawang Putih * 
5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi) 
1 Biji Lada Merah - Dihiris 
Garam 
Secubit Gula 
1 - 2 biji limau kasturi 

Cara-caranya

Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan. 
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi 
Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu. 
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. 
Tumis hingga garing. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi. Tumis hingga betul2 garing. 
Cara menyediakan Sardine Roll 
Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil2)
Masukkan sedikit inti sardin & gulung. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur 
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.025861 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top