Register Login
CARI Infonet Return home

Catalina https://b.cari.com.my/?1038341 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Apakah kelebihan 10Muharram?

Hot 3Viewed 878 times22-11-2012 11:38 PM |Personal category:Info

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :
1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
 dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

Amalan yang paling sahih pada bulan Muharram dan juga 10 Muharram ialah berpuasa

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
= fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
=fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
=fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
=fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
=fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di   sapunya.

6. Bersedekah
=fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang   tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada 
 semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
=fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
=fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
 [lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala']

9. Bercelak
=fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
=fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
=fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun   melakukannya.
 [lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
 Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca ['hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru']
=fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
=fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
 Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
=fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan   diharamkannya daripada neraka.

Leave a comment Comments (2 Comment)

Reply Thanos123@ 14-6-2019 04:27 PM
I am here for the share this link http://myspades.org and getting the online free online spades games for the more enjoyments.
Reply JanieCDavis 21-8-2020 06:52 PM
Really like your post.

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041349 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top