Tergelak aku bile membaca posting2 terkantoi poremer2 Forum Cari..
Macam2 gelagat, ade yg jenis sentap tak hengat, jenis bodoh tak bleh ajar, jenis tetiba tak de hangin tak de ribut masok2 porem saje terus mengamok , ade juga yang jenis tak makan saman dan ade juga yg jenis kawan makan kawan....
Yang kawan baik selama diruang cyber berkongsi pendapat dan masalah boleh juga menjadi musuh dalam sekelip mater. Yang membahagiakan bila ada poremer bertemu jodoh dialam cyber
Ade juga yang sampai bercerai berai angkara cinta cyber , ada juga yang hampir menjadi giler/sewel akibat penangan cyber dan ada juga yang sanggup bersengkang mata depan PC hanya kerana menunggu buah hati Online. Gelagat2 mereka ini kadang2 boleh membuat hari2 kite penoh dengan tawa ria.
Betol ape yg aku jangka, dialam Cyber "Words speak louder than action". Ayat2 yg kita guna memang boleh menjadi senjata pada mereka2 yg obsess dengan kehidupan alam maya. Pada aku, perbincangan yang baik dari poremer2 aku akan ambil untuk dijadikan iktibar dan tauladan dan yang buruk aku gunakan sebagai tauladan dan pengajaran.