Basel dah seminggu sekolah Cina, dan baru 2 hari sekolah agama. Sekolah Cina belum buat apa-apa lagi, baru lukis2, kaler2. Hari ni firt time dia ada homework. Semangat tul, balik dah maghrib, bukak baju sekolah, tukar baju tidur terus nak buat homework. Tapi kena solat dulu. Lepas ummi masak, tengok2 dia dah main game komputer. Basel dah buat homework ke? Dah siap rupanya.
Sekolah agama pun camtu. Dia sekolah pagi, 7.15 am - 8.45 am. Balik sekolah aje, tukar baju terus buat homework. Buat tak berenti2 sampai pukul 12 tgh. Kena suruh mandi dan tukar baju sekolah Cina, barulah dia berenti. Tu pun dah meleleh air mata dan hingusnya sebab kerja tak siap lagi. Lepas pakai baju, ada masa sikit lagi dia dapat siapkan semua kerja.
Sejak masuk sekolah rendah ni, asma Basel datang balik. Last dulu masa baby, selalu kena sedut. Lepas tu duduk rumah dan sekolah tadika, mungkin persekitaran bersih dan terjaga, dia dah ok. Sekarang kat sekolah, duduk kat lantai kotor sementara tunggu kelas mula, dan entah mana lagi dia pergi, sedut habuk dari kereta lalu-lalang, hidung dia sentiasa berhingus meleleh. Macam cerita kartun yg dia minat tu, entah apa namanya, Cinbei? Bekalkan dia tisu, dan kena ambik histamin macam dulu.