Register Login
CARI Infonet Return home

aurorae's space https://b.cari.com.my/?1000600 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Tutor Mandarin

Hot 1Viewed 968 times28-1-2011 09:54 PM |Personal category:children|

Akhirnya datang jugak tutor mandarin untuk anak-anakku.  Dari awal tahun lagi aku dah pasang iklan cari personal tutor.  Aku rasa memang sangat perlu kali ni, sebab Sarah agak ketinggalan dalam akademik. 
Walaupun dia jauh lebih rajin dan berusaha banding dengan abang dia Rayyan, tapi pencapaian akademiknya agak lemah.  Dah la bahasa Cina pun belum mantap, English dia pun tak cemerlang sangat, jadi overall akademiknya terjejas.  Sebab semua subjek lain terutama maths dan sains bergantung pada dua bahasa tu. 
 
Aku bukan risau dia tak dapat A, tapi risau dia tak faham, risau asas maths dan sainsnya longgar je.  Tutor pertama yg janji nak ajar, telah memungkiri janjinya.  Sian anakku tunggu2 tak datang.  Bila aku confront, barulah nak cakap sebenarnya masa dia clash, tamak nak ambik part time banyak2.  Geram betul, sebab dah berjanji dengan dia, aku rejek ramai orang lain.  Dah tu aku delete pulak phone number diaorang.  Kena buat iklan sekali lagi.

Akhirnya malam semalam tutor Teo pun datang.  Lambat jugak, janji 8 pm, datang 9 pm sebab katanya ada last minute meeting dengan supervisor.  Student tahun akhir Biologi.  Sian Sarah dari pukul 8 pm dah berdiri kat beranda tunggu cikgu.  Tapi bagusnya dia ajar, anak2ku memang tak rehat. First time aku dengar Basel berbahasa Cina, semangat betul dia, ayat dia jelas dan kuat.  Patutla dia lagi cepat dapat.  Tak macam Sarah, malu-malu.

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.034991 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top