Sarah darjah 2 Woon Hwa sekarang. Kami nak tukarkan ke SJKC Pulai bila dia naik darjah 3 tahun depan, saing Basel darjah 1. Tadi jumpa guru besar SJKC Pulai, isi borang tukar sekolah untuk diberi kepada sekolah Woon Hwa. Penat gak dengar celoteh cikgu tu tentang tusyen ni. Ye la sebab utama nak tukar, sekolah Woon Hwa dah bagi tusyen wajib dari budak darjah 2 lagi, 2X seminggu.
At least kat Pulai, tusyen cuma seminggu sekali dan start masa darjah 4. Tapi cikgu kata, darjah 6 nanti, 3X seminggu dan wajib pergi. Terima je lah, sebab darjah 6 tu lama lagi, mana tua masa tu either kami or sekolah dah berubah.
Cuma dari segi communications tu, kami lebih rapat dan lebih terbuka dengan cikgu sekolah Pulai.