Tak sangka betul. Lepas patah kaki dan bercuti 2 bulan dari sekolah, kami ingat Basel akan buat badly masa exam tadika. (Kecik-kecik dah exam, ummi dulu umur 6 tahun, ABC pun belum belajar lagi).
Rupa-rupanya dia dapat 100 markah untuk subjek BM, English, Sains dan Moral. Cuma Bahasa Cina dan Matematik dia dapat 97. Average = 99, tertinggi dalam kelas. Memang kami salute kat cikgu yang berusaha ajar dia sampai dapat catch up semua yg tertinggal masa dia bercuti tu. BM, English dan Matematik dia tak de masalah sangat, tp bahasa Cina tu memang amazing dia boleh dapat almost everything yg diajar.
Kemahiran dan kebolehan semua dapat A, kecuali 'Singing and Dancing' dia dapat B. Cikgu cakap dia langsung tak mau praktis untuk konsert. Patutla masa konsert tengok dia masam aje dan mulut aje komat-kamit tapi suara tak keluar. Pergerakan tari pun tiru kawan2.