View: 5360|Reply: 6
|
Ini Cara Nak Perap Ayam BBQ, Mudah Sahaja
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Ayam BBQ merupakan salah satu makanan kegemaran ramai.
Cara membuat ayam BBQ pun juga tidak sukar, bahkan kebanyakan suri rumah tangga pasti tahu membuatnya. Berikut di bawah ini adalah resepi cara membuat ayam bakar BBQ yang sangat sedap.
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)
Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air – untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar
Bahan-bahan Perapan
Bahan-bahan A:
3 sudu besar sos BBQ
5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (Dikisar halus dijadikan pes):
2 – 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris
8 ulas bawang putih saiz besar
4 sm halia
4 sm kunyit hidup
2 sm lengkuas
4 – 5 batang serai - dihiris
3- 4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
Anggaran air secukupnya
Cara-cara penyediaannya:
1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.
2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/Tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 – 2 malam di dalam peti ais, tempat frozen (lagi lama perap lagi bertambah sedap).
5. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)
P/s : Jangan bakar guna api tapi bakar guna bara sahaja. Selamat mencuba - CARI Infonet.
Resepi oleh : sajiandapurbonda |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya.. tapi bbq pit takde pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh cuba nie, nampak menyelerakan..... Tapi malas pula nak masak |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|