Kalau lihat gambar di atas, memang tak percaya wanita ini berumur 69 tahun, hanya satu tahun lagi berumur 70 tahun!
Selain itu, ramai juga pasti akan beranggapan wanita yang bernama Wendy Ida ini mesti mengambil ubat kecantikan ke atau penjagaan badan, barulah memiliki wajah yang kelihatan awet muda.
Silap sama sekali sesiapa yang beranggapan sedemikian.
Rahsia Wendy Ida, yang berasal dari California ini boleh menjadi awet muda. Jawapannya adalah pembabitan dirinya dalam sukan bina badan.
Menurut Wendy, dia mula ke gim ketika berusia 43 tahun selepas mengakhiri hubungan dengan kekasihnya dengan tujuan untuk kosongkan fikiran dan senaman mampu tenangkan dirinya daripada masalah.
“Saya mahu mengosongkan fikiran dan senaman membantu saya melarikan diri daripadanya,”
Bagi Wendy, dia mahu wanita yang berusia 40an juga kelihatan muda dan seksi sekiranya melibatkan diri dalam aktiviti senaman yang sihat dan berkehidupan menarik.
Dia senyum lebar apabila keluar bersama anaknya Sky, ramai orang beranggapan mereka berdua adalah adik beradik.
Ayuh, wanita semua bersenamlah demi kebahagiaan diri dan keluarga tersayang seperti Wendy - CARI Infonet