View: 2463|Reply: 3
|
Nenek 70 Tahun Masih Gagah Jadi Pelari Marathon
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Hebatnya nenek ini walaupun usianya sudah memasuki 70 tahun tapi masih mempunyai tenaga dan daya untuk bergelar pelari.
Noriko Sakota dari Jepun telah menyertai The Borneo International Marathon (BIM) yang mana itu adalah lariannya yang ke 1114 kali! Hebatnya nenek!
Masa terbaik Noriko oalah 3:32:07 pada tahun 1998 di Gyeongiu Cherry Marathon Korea.
Dalam rekod, Noriko mendapat tempat ke 15 bagi World Megamarathon Ranking dan dia adalah wanita yang ketiga dalam senarai.
Megamarathon itu merangkumi pelari dari usia 60 tahun sehingga 80 tahun. Menurut Noriko,dia berlari kerana mahu melawat tempat baru dan berjumpa dengan orang tempatan di setiap negara yang dilawati bersempena larian.
Noriko mula berlari ketika usianya 46 tahun. Ketika itu dia berlari bersama rakan ketika bercuti dengan 10 kilometer.
Noriko amat teruja ke Sabah untuk meneruskan perjalanan lariannya itu. Apa-apa pun, Noriko telah berjaya menunjukkan usia bukan ukuran untuk melakukan sesuatu perkara.
Syabas buat Noriko! BIM dianjurkan oleh Kinabalu Running Club dengan tajaan Sabah Tourism Board, Ministry of Youth and Sports. - CARI Infonet
Kredit : Borneo Post |
|
|
|
|
|
|
|
Sukar nak jumpa nenek setua itu suka menyertai acara sukan sebegini apa tah lagi kat Malaysia syabas buat beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek share la rahsia lutut yg kuat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|