|
Empat individu, termasuk tiga warga asing dan seorang rakyat tempatan difahamkan telah diselamatkan oleh bot nelayan Vietnam selepas dikatakan hilang di perairan Kudat sejak 2 Mei lalu,
Mereka dijangka tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 9 pagi ini dengan pesawat Bombadier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pada jam 6 petang semalam, mereka diambil oleh kapal Maritim (KM) Bistari milik APMM dari dua bot nelayan Vietnam di perairan negara itu
Empat individu terbabit ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.- CARI Inconet
sumber berita : http://www.bharian.com.my/ |
|