View: 9742|Reply: 4
|
Favourite/informative Postings for Digest
[Copy link]
|
|
Memandangkan banyak posting2 terntu yg sgt berguna utk dijadikan panduan semua.. saya nak cadangkan bagi mana2 posting yg anda rasa berguna utk diri anda n wajar utk diDigest.. just copy n pastekan kat sini..
[bila digest..thread nih takkan didelete oleh admin dlm sebarang process pembersihan thread ]
saya bagi cth cara nak paste kat sini eh..
cth digest 1
thread : Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
posted by : melati_putih
Melati ada dapat email dari member...mungkin boleh dikongsi bersama
semua....
Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama
Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin barisan moderator budiman. Berikut saya sisipkan panduan yang ingin dikongsi bersama. Diharap dapat membantu pada mereka yang sudah berumahtangga mahupun yang bakal mendirikan masjid, insyaallah.
Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."
Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran. Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah swt. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.
Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
Sumber: Artikel Kolej Agama Sultan Zainal Abidin
Petua Dua
Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan insyallah boleh diperolehi.
i. Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan.
ii. Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah, makbul jika diiringi doa.
Wassalam
posted by : qamariah
petua anak lelaki dan perempuan
sebenarnya sebelum ini saya pun dah pernah dengar petua tidur mengiring ke kanan dan ke kiri ni.. Tapi yang musykilnya, petua yang saya dengar tu bertentangan dengan email sis melati siarkan. Petua yang saya dapat - nak anak lelaki mengiring ke kiri, anak perempuan, mengiring ke kanan.
LAgi satu, sebelum bersama (lbh kurang 10 minit) douch/cuci bahagian sulit dengan bahan beralkali untuk anak lelaki. Bahan berasid (lactacyd dsb) lebih sesuaiii untuk anak perempuan.
posted by : positiveenergy
Pengambilan tongkat ali ---> anak lelaki
Saya pernah melihat dalam majalah tiga ttg kajian tongkat ali oleh seorang Prof. Pada hujung rancangan, dia membuat kesimpulan drp eksperimennya, bahawa pengambilan tongkat ali oleh suami akan menambah peluang mendapat anak lelaki
posted by : ukid2828
share my opinion
yg ukied tau, klu nak anak laki, tut-tut maser paling subur yakni hari ke 14 - 16 selepas hari pertama menses.Klu nak anak pompuan, tut-tut sblm hari paling subur pastu jgn tut-tut lagi sehingga selepas hari subur...
posted by : adinda
Kalau nak tau kebarangkalian utk dptkan anak lelaki atau perempuan, try la website ni..semua complete..mase subur..nak rekodkan mase period..nak tau mase selamat utk lakukan sex..nak tau bila baby due pun boleh..etc..bagus tau..tapi keberkesanannya dinda tak tau la..sbb dinda pun tgh cuba nih..harap2 cepat dpt "rezeki ke-2"
http://www.femta.com
cth digest 2
thread : Mandi Wiladah
posted by : isfa76
Ini information untuk semua...Saya sendiri pun sebenarnya tak tahu pasal mandi wiladah ni tapi saya bernasib baik kerana mempunyai ibu mertua & kakak ipar yang tahu serba sedikit bab2 agama ni...Perkara seperti ni tak sepatutnya kita abaikan tambah2 lagi untuk seseorang yang beragama Islam...Di bawah ini adalah petikan dari group ummiku_sayang...
Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...
Sampaikan pada kawan2 yang lain...yang mungkin tak perasan...thanks.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi
hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse,mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa lansung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang
wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take forgranted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun
kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni,
sebaik sahaja kepala bayi keluar)
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar
selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".
Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan
suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran...
katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari.
Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain...
InsyaAllah
Moga ilmu saya yang cetek ini dan bagi sesetengah orang yang kata ini
soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama.
Wallahua'lam. Yang baik itu datang dari Allah dan segala kekhilafan itu
datang dari diri saya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemuliaan Ibu
Seringkah anda merungut kerana dijadikan sebagai seorang wanita
yg terpaksa memikul pelbagai tugas rumahtangga?
Seringkah anda merungut kerana tidak tahan dengan kerenah dan
kenakalan anak2 yg sedang membesar?
Jika anda seorang wanita dan juga ibu, ketahuilah rungutan2 anda
tersebut akan mengurangkan pahala yg sepatutnya anda perolehi
dgn menunaikan tanggungjawab itu.
Jangan sekali-kali anda lepaskan rungutan ataupun keluhan kerana
keletihan melayan kerenah anak2, kerana sekali sahaja terpacul
keluhan itu habislah seluruh pahala yg anda kumpulkan selama ini.
Yg tinggal kpd anda hanyalah penat dan sakit hati.
Jika anda tahu apa ganjaran yg bakal diperolehi dgn menjadi ibu,
pasti anda ingin menjadi ibu utk selama-lamanya. Dan hadis2
Rasulullah dihimpunkan pelbagai ganjaran yg bakal diterima oleh
insan yg istimewa bergelar wanita dan ibu ini. Antaranya....
1. Apabila seorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya
maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah men-
catatkan baginya setiap hari 1000 kebajikan dan menghapus-
kan darinya 1000 kejahatan.
2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin maka
Allah mencatatkan baginya pahala org2 yg berjihad ke jalan
Allah.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa2 spt keadaan ibunya melahirkannya.
4. Apabila telah lahir anak, lalu disusuinya, bagi ibu itu
setiap satu tegukan dari susunya Allah berikan satu
kebajikan.
5. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya
yg sakit, maka Allah memberi pahala spt memerdekakan 70
hamba dgn ikhlas utk membela agama Allah. Apa yg dicatatkan
disini hanyalah sebahagian kecil dari keistimewaan seorg ibu
di sisi Allah.
Perhatikan pula keistimewaan yg bakal diperolehi apabila anak2
anda digelar kanak2 atau kupu2 syurga.
1. Barangsiapa yg mengembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah di
haramkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
2. Ciumlah anakmu kerana pahala, setiap ciuman itu dibalas
dgn satu darjat Syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah
500 tahun.
3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk
di dalamnya melainkan orang yg menyukai kanak2.
4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin membeli barang2 dan
kembali ke rumah dgn membawa buah tangan utk anak2nya,
nescaya mendapat rahmat drpd Allah dan tidak diseksa di
Akhirat kelak.
5. Muliakan anak2 dgn mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa yg memuliakan anak2nya, Allah akan memuliakannya
di dlm syurga.
6. Barangsiapa direzekikan dgn anak,wajiblah baginya mengajar
anak itu adab dan akhlak semuga dia mendapat kemewahan
rezeki dan syafaat (pertolongan) anak2nya. Barangsiapa
meninggalkan anak2nya dlm keadaan jahil, dia turut
menanggung tiap2 dosa yg dilakukan anak2 itu dan barang
siapa membekalkan anaknya itu dgn ilmu dan adab, pahala
anak itu turut diperolehinya.
7. Aqraq pernah melihat Rasulullah mencium cucu baginda,
Hassan. Aqraq berkata, "Anakku sepuluh org banyaknya,
namun tiada seorg pun yg pernah aku cium." Sabda Nabi,
"Orang yg tidak penyayang tidak pula akan disayangi".
8. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang utk ahli
keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya spt
dia memikul sedekah utk org yg sgt berhajat. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan drpd anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Suruhlah anak2mu sembahyang ketika umurnya 7 tahun dan
pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah
berumur 10 tahun. Pisahkan anak2 lelaki dan perempuan
dlm tempat tidur mereka.
10. Seorg lelaki bertanya: "Ya Rasulullah, kepada siapakah
harus aku berbakti?" Jawab Baginda, "Berbaktilah kpd
ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi, "Ibu bapaku sudah tiada
lagi," Sabda Nabi s.a.w. "Kalau begitu berbaktilah kepada
anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula
berhak ke atas dirimu."
11. Setelah anak perempuan kamu umur 16 tahun maka kahwinkanlah
dia. Walaupun anda seorg surirumah tetapi anda boleh
mencapai tahap serikandi, iaitu wanita solehah yg
peranannya dlm penyebaran ilmu dan dakwah.
Dengan hanya berbual - bual dgn jiran mengenai hal2 keagamaan
di waktu ptg anda sebenarnya telahpun menjadi seorang SRIKANDI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayi Tabung Uji (GIFT, IVF , ICSI)
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang menggunakan teknklogi kesuburan, diantaranya GIFT, IVF dan ICSI.
Jika semua kaedah rawatan dan ujian telah dijalankan , tetapi masih gagal lagi untuk hamil, jalan terakhir untuk dipertimbangkan ialah mealkuak kaedah ‘Bayi tabung uji’. Rawatan secara GIFT dilakukan jika kedua atau satu saluran falopian terbuka. Tetapi jika kedua2 saluran tersumbat cara yang sesuai ialah IVF. Jika benih suami sangat kurang atau tidak aktif kaedah IVF + ICSI dilakukan. Dengan adanya kemudahan pembekuan ‘embryo’ hasil rawatan IVF menjadi lebih baik kerana lebihan embryo boleh disimpan dalam freezer dan dimasukkan balik dalam rahim pada waktu tertentu kemudian.
Kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ adalah mahal (harga antara RM 6,000 hingga 15,000) bagi setiap percubaan. Disamping itu ia memerlukan lawatan keklinik berulang2 kali atau setiap hari ketika dalam rawatan. Dari segi Islam, kaedah rawatan ‘Bayi tabung uji’ tidak salah asalkan benih suami isteri digunakan dan ia tidak melibatkan benih orang lain.
Asas rawatan
Pada asasnya rawatan secara ‘bayi tabung uji’ melibatkan persecantuman benih dimakmal, kemudian dimasukkan balik kedalam rahim. Dalam GIFT setelah benih lelaki dan telor isteri dicampur, ia dimasukkan balik kedalam rahim melalui muncung saluran falopian , syaratnya saluran tersebut tidak sumbat.
Cara rawatan
Rawatan bermula daripada hari kedua haid. Ada beberapa peringkat;
1 Rangsangan ovary untuk mengeluarkan seberapa banyak telor yang boleh. Ubat subur dan suntukan hormon subur diberikan setiap hari untuk selama 5 hari atau lebih. Pertumbuhan telor diawasi dengan ujian ‘vaginal ultrsound’ dan hormon dalam darah. Apabila telor2 telah matang (biasanya hari ke 12-13-14) penuaian telor dilakukan.
2 Proses penuaian telor dari kilang ovari boleh dilakukan samada melalui ‘vaginal ultrasound’ ataupun melalui pembedahan ‘laparoscopy’. Bergantung kaedah mana (GIFT atau IVF) yang akan dilakukan, bagi melakukan bayi tabung uji secara GIFT, penuaian telor secara laparoscopy adalah sesuai kerana telor dan benih suami yang telah dicantumkan dimakmal perlu dimasukkan balik ke dalam saluran falopian pada ketika itu juga. Bagi bayi tabung uji secara IVF biasanya penuaian telor dilakukan melalui saluran faraj dengan menggunakan ‘vaginal ultrasound scanning’. Walau demikian kedua-dua tatacara ini memerlukan pesakit dibius supaya ia membolehkan penuaian benih yang optima.
3 Percantuman benih dan telor dalam makmal (in vitro fertilization). Satelah telor2 dituai dan benih2 suami didapati, percantuman dilakukan dimakmal kesuburan selama antara 2-3 hari. Hasilnya ialah ‘embryo’ yang mengandungi antara 2-16 sel. Saterusnya embryo akan dipindahkan kedalam rahim.
4 Pindah embryo kedalam rahim. Dua embryo akan dipindahkan kedalam rahim setiap kali. Yang lainnya akan disimpan dalam ‘freezer’ dan boleh tahan beberapa tahun. Jika pemindahan embryo pertama gagal, ia boleh diulang pada masa lain dari embryo yang dibekukan.
5 Rawatan selepasnya. Sokongan ubat hormon secara suntikan atau lainya perlu diberikan. Pesakit perlu bayanyak berehat. Jauhkan dari persetubuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan terbaik untuk pembentukan otak.
Perotin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain2 jenis makanan laut, tahu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk2 darinya, telor dan lain2.
Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber perotin yang mudah hazam dan diserap kedalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Munkin benar !
Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telor ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan megatah ikan dan tahu juga baik bagi wanita2 hamil ! |
|
|
|
|
|
|
|
Ransangan Dalam Rahim Bina Otak Janin
Rangsangan Dalam Rahim Bina Otak Janin
Titisan zuriat bermula dari alam rahim. Di sinilah saat bermulanya
kehidupan bayi yang bergelar janin. Justeru waktu kehamilan adalah
saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Ini kerana dalam
tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang
dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan memberi reaksi terhadap
persekitarannya. Misteri alam rahim ini buikanlah satu cereka
sebaliknya turut diakui oleh ahli sains perubatan melalui teknologi
kejaninan.
Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa otak bayi dalam kandungan
sudah mula menunjukkan potensi yang mengkagumkan. Kebanyakan ibu
hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa
mengandung turut dirasai oleh janin. Dunia awal janin iaitu alam
rahim merupakan institusi pertama bagi bayi mempelajari segala
perkara baru yang dapat dirasainya. Janin menyerap dan merakamkan
segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana
mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk.
Tanpa disedari perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan
turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan
kelak. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, mereka telah pun memiliki
lebih kurang 1 X 10 sel neuron di otak. Sel-sel neuron terus
berembang dengan pesat sehingga berusia lima tahun. Pada tahap inilah
bayi belajar mengamati lingkungannya.
"Sepanjang manusia membesar, terutama di awal usianya, dia adalah
seperti plastik, terdedah kepada tanggapan-tanggapan, peka dan
terpengaruh dengan persekitaran serta tanggapan-tanggapan mental dan
fizikal yang akan membentuk dirinya dalam kehidupan," - Prof. Robert
Debre.
Berdasarkan keadaan ini, ibubapa sebenarnya mempunyai peluang yang
luar biasa untuk mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi
manusia pintar, cemerlang dan bermutu. Khususnya, ibu hamil kerana
mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya.
Ibu hamil yang bijak dan prihatin berupaya untuk melahirkan insan
kamil beserta keupayaan minda yang tinggi.
Bagaimana peluang ini boleh digarab oleh ibubapa khususnya ibu yang
hamil? Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya, 'Mendidik Anak Pintar
Cerdas,' menggariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh
dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih
sayang. Makanan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak
bayi. Di samping itu, berkurun-kurun lamanya Islam telah menekankan
hal merangsang (mendidik) anak sejak dalam kandungan melalui amalan-
amalan tertentu. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara
berjima' untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
Cara-cara merangsang bayi dalam kandungan
Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang
akan dilahirkan sentiasa riang-rangsang dan tidak mudah meragam
Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh
ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut
Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat
al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah
Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata
manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C,
1,2,3; memperkenalkan diri seperti: 'Assalamualaikum/hello sayang,
ini emak/ayah,' 'Anak emak/ayah bijak/baik' dan sebagainya
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut,
menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan
kemudian usap lembut untuk menenangkannya, menepuk perut untuk
mendapatkan reaksi bayi
Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain beserta bunyi-
bunyian dan pasangkan 'ear-phone' ke perut. Dengan cara itu bayi yang
bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak
Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan
menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. Lakukan rangsangan
ini selama 5-10 minit
Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan beberapa
perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak
mulia. Antaranya:-
Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat. Dengan
amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah
dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari
perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal
lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan
selamat
Banyak melakukan ibadat, memnuat kebajikan dan meninggalkan segala
larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat
seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta
sentiasa menjaga syariat. bukan sahaja isteri, suami juga dituntut
sama
Banyak membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang
elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah
at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nahl (ayat 78) dan
surah al-A'raf (ayat 189). Dengan membaca surah dan ayat ini selain
daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang
sihat, sempurna dan soleh
Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih
banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli
keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi
sikap anak yang bakal lahir.
Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira
sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan
suami dan ahli keluarga. Keadaan emosi yang tenang dan bahagian akan
membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang
seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dan
hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu
membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin.
Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kehadiran bayinya
juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah
melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan
kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat,
terangsang, pintar dan cerdas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|