Drama 26 Episodes ni adaptasi dari novel karya Aifa Batrisya terbitan karya seni .Ni sinopsis novel dari satu blog di google.
Novel ini mengisahkan Zafran Aldrin (Zack ) disuruh nikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol , perangkap yang dibuat oleh Pehah , adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung . Zack menikahi Pehah di usia yang muda.
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri mengikut kakaknya Zainura ke Aussie. Zack meninggalkan Pehah tanpa pesan tetapi Pehah tetap menunggu kepulangan Zack. Pejam celik pejam celik dua tahun meninggalkan Malaysia Zack menerima panggilan pemergian tok ayah. Mahu atau tidak Zack terpaksa balik ke Malaysia. zack menyesal kerana tidak menghantar khabar dengan tok ayah sejak kejadian paksa nikah. Sedangkan di usia kecilnya Zack terlalu rapat dengan tok ayah.
Zack balik ke Malaysia bersama Idayu Junior kak zainura yang terlalu obses dengan Zack. Setelah selesai jenazah tok ayah dikebumikan . Zack baru perasan Pehah isterinya turut ada disitu. Kerana obses Idayu pada Zack , Idayu mengaku dirinya adalah kekasih Zack di Aussie. Pehah sedih dan tanpa sebarang alasan Zack menceraikan Pehah dengan talak 1 . Zack terkejut bila Pehah sempat mengingatkan Zack suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata - kata itu bagai satu sumpahan bila Zack tidak berkahwin walaupun peristiwa itu sudah menjangkau 8 tahun.
Kerunsingan si ibu bila melihat anak lelakinya tidak berkahwin dan mementingkan kerja. Bila ibu sudah bersuara , zack menetapkan beberapa syarat untuk calon isterinya. Kegigihan ibu dan kakaknya mencari calon ada saja yang tak kena pada pandangan Zack. setelah bertunang dan kahwin tak jadi beberapa kali. Zainura mencalonkan Idayu sebagai tunang Zack.
Perasaan sayang sukar dipupuk zack terasa rimas kehadiran Idayu. Sikap obses Idayu membuat Zack rasa meluat pada Idayu. Hinggalah satu hari Zack berkenalan dengan Anis rakan baru di makmal. Kehadiran Anis mengingatkan zack pada Pehah ( bekas isterinya ). Zack cuba mengenali Anis adakah Anis itu Pehah. Ternyata Anis bukan Pehah kerana jarak umur Anis lebih tua 2 tahun. Tanpa sedar Idayu nampak pertemuan mesra antara Anis dan Zack. Idayu merasa cemburu kerana Idayu tidak pernah dilayan begitu oleh Zack.
Dalam keadaan sedih Idayu cuba lari , tiba-tiba sebuah kereta meluru kearah Idayu. Kesal apa lagi yang boleh dikatakan. beberapa hari sebelum pernikahan Idayu pergi buat selamanya. Sejak itu Zainura dan Ibu tidak pernah menyuruh Zack mencari calon isteri.
Anis yang lebut dan senang didampingi banyak memberi kata-kat semangat pada Zack. Zack pula manganggap Anis sebagai seorang kawan tidak lebih dari itu. Suatu hari Zack sakit gigi dan Rajib memperkenalkan satu klinik gigi pada Zack. Semasa berjumpa doktor gigi di klinik Zack merasakan ada sesuatu yang pelik dapat dirasainya.
selepas pertemuan di klinik gigi , hati Zack tidak tenang bila mengetahui doktor di klinik gigi itu adalah adik Anis. Untuk mengenali Inas , Zack mengajak Anis dan Inas bercuti ke bukit tinggi . Di sana Zack berjumpa dengan Atai . Atai menceritakan apa yang terjadi sebelum kejadian. Bob memang sengaja menghantar Zack kerumah Pehah menggantikan dirinya. Selepas itu Bob terlibat dalam kemalangan. Keluarga Pehah dicemoh oleh orang kampung hinggalah keluarga Pehah terpaksa berpindah kerana tidak mampu mendengar cemuhan orang kampung.
Atas nasihat keluarga Zack, Zack berjumpa dengan keluarga Anis di Banjamin . Disitulah Zack berterus terang sebenarnya dia sukakan Inas dari Anis. Zack menganggap Anis sebagi kawan . Bila mendengar pengakuan Zack , Ayah Anis membongkar satu rahsia besar. Sebenarnya Inas yang Zack suka adalah bekas isterinya yang diceraikan 8 tahun dulu. Cinta Inas tidak pernah berubah dan masih menunggu Zack. Inas memakai purdah kerana Zack. Inas tidak mahu lelaki lain melihat wajahnya. Nama Pehah tidak lagi disebut selepas Zack menceraikan Pehah. Zack terasa malu dengan kebodohannya yang lebih bersifat berterus terang. Ayah Anis juga berpesan agar menjauhkan diri dari Inas dan terima Anis sebagai jodohnya. Inas cuba mendidik dirinya untuk melupakan bekas suaminya demi kebahagiaan kakaknya , Anis.
Zack sebulat hati meneruskan niat untuk berkahwin dengan Anis. Tetapi Zack tidak faham mengapa Anis sengaja membawa Inas untuk membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Saat perkahwinan Zack dan Anis semakin hampir , Inas bakal ditunangkan dengan Bob ( Firdaus ). Hati Zack tidak senang bila Bob yang akan menjadi suami Inas.
Dihari pernikahan , Zack terkejut bila nama yang disebut bukanlah Anis tetapi Inas. Semua terbongkar bila Anis memberitahu semuanya telah dirancang oleh Anis dan dibantu oleh Bob untuk menyatukan Zack dan Inas. Majlis pertunangan Inas ditukar sebagai majlis doa selamat dan Inas tidak bertunang dengan Bob seperti yang di war - warkan.
Zack bersyukur dia diberi peluang kedua dan tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberi.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Author|Post time 11-5-2016 07:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Walaupun novel dtl bkn kategori best giler tapi novel ni 10kali ganda lg best drp drama.at least dlm novel ada explanation & logik .
1) dalam novel ,Inas pakai purdah .Jadi tersangatlah logik kalau Zack tak cam .Dalam novel di explain ,dari kecik sbnarnya Zack dah jatuh cinta dgn mata Pehah.Jadi logik jgk,walaupun 1st time jumpa dgn Dr Inas kt klinik gigi tu & sheols pakai purdah nmpk mata je Zack terus love at 1st sight .
2) Zack dalam novel confident sgt dia memang suka kat Inas .Zack dalam drama kat mulut kata suka kat Inas & anggap Anis tu best friend je.Tapi ekspresi muka Zack tu mcm fall in love dgn Anis.tak taulah either Zack memang confuse ataupun derih yg tak pandai buat ekspresi muka.
3 ) dlm novel ,sebelum Zack & Anis tu balik kampung.Inas dah call dulu inform ke parents dia yg Anis nak bawak zack jmp diaorang .Jadinya masa 1st time jumpa Zack tu ,parents dia dah tau tapi still buat mcm biasa2 je dpn Zack.Zack pulak masa jumpa parents Anis tu dia rasa mcm familiar muka diaorg tapi tak ingat sapa.Lps mkn2 tu ,ayah Anis one to one talk dgn Zack .Zack pun berterus terang dgn Ayah Anis dia sebenarnya suka kat Inas bukannya Anis .Lps tu Ayah Anis kata,sebenarnya Inas pun sukakan kamu.Dari dulu lagi.Zack pelik la ,biar betul Inas suka kat dia dari dulu sebab Inas asal jumpa dia je marah2.Ayah Anis terus bawak keluar album gambar masa Inas/Pehah kecik2 .Zack terkejutlah sebab gambar Pehah dlm album tu .Simple je ayat Ayah anis ,dia kata ni lah Inas Fasihah ,org yg kamu pilih berbanding Anis..Zack terkejut lah .dlm novel scene ni sgt best sebab emosi zack bercampur antara terkejut ,kesian & sedih ,gembira pun ye jgk.Terkejut sebb tak sangka Pehah & Inas org yg sama.Kesian & sedih sebb kan perbuatan dia ceraikan pehah tanpa fikir panjang family pehah dapat malu.Gembira sebab tak sangka Inas pun sukakan dia.Zack terharu jgk sebab Inas pakai purdah sebab dia tak nak lelaki lain tgk muka dia selain Zack.
4) Masa perjumpaan Zack & parents Anis tu Anis dah pelik dah dgn cara layanan parents dia kat Zack.selalunya diaorg akan layan org biarpun baru kenal dgn warm.tapi dgn zack ni lain .nampak ketara umi dia menyampah gila dgn zack. .(Anis dlm drama nmpk mcm gedik & overexcited pulak ) .Sebelum blk ,anis paksa jgk umi, tanya naper umi mcm x suka kat zack.last2 umi dia cerita jugak yg zack tu bekas laki inas.lps blk kl tu yg anis buat plan nak satukan blk zack & inas.