Edited by CARI-LTS at 11-5-2016 02:04 PM
Artikel Oleh Vincent Loo | Video Oleh Desmond | Suntingan Visual Oleh Ling Angie
Sekitar 20 tahun lalu, Stadium Negara, Kuala Lumpur pernah digamatkan dengan lebih daripada 20 buah lagu popular kumpulan Slam yang dianggotai Zamani, Shah, Man, Ajak, Eddie dan Lily ketika Konsert Grand Slam Unplugged 1996 berlangsung di situ.
Itu adalah momen konsert terbesar daripada Slam pada waktu tersebut selepas tiga tahun membina nama dalam industri sejak tahun 1993.
Kini, hampir dua dekad memahat nama selaku kumpulan balada paling popular di Malaysia, Slam bakal mengubati kerinduan peminat dengan sebuah konsert, Konsert Kurnia Slam yang dijadual berlangsung pada 14 Mei depan bertempat di Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur.
Baru-baru ini, wartawan CARI Infonet berkesempatan menemubual Zamani Slam berkenaan Konsert Kurnia Slam yang bakal diadakan Sabtu ini. - CARI Infonet
|