Menyanyi sememangnya sudah menjadi salah satu perkara yang dilakukan ramai orang untuk mengurangkan tekanan atau stres.
Biarpun suara anda mungkin tidak semerdu Yunalis Zarai, setiap teriak vokal yang dilontarkan mampu membuatkan anda lupa segala urusan dunia buat seketika waktu.
Tak hairanlah, sebuah aplikasi kini jadi kegilaan penggemar karaoke di seluruh dunia.
Sing! Karaoke merupakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan pengguna android atau ios berkaraoke bersama artis kegemaran atau sesiapa sahaja.
Aplikasi daripada Smule ini memerlukan pengguna menggunakan kemera di bahagian depan bagi melakukan rakaman video kendiri untuk berduet mendendangkan lagu bersama artis atau individu yang dipilih.
Lirik lagu akan dipaparkan pada layar peranti dan untuk kepuasan lebih maksima, pengguna dinasihat menggunakan plug telinga agar segala melodi sewaktu mendendangkan lagu dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Apa yang menarik, aksi yang ditonjolkan oleh artis-artis dalam aplikasi ini seakan live sehingga membuat pengguna merasai pengalaman seolah-olah memang sedang menyanyi secara bersemuka dengan idola kegemaran mereka.
Antara barisan artis antarabangsa yang sering menjadi tumpuan peminat dalam aplikasi ini adalah Jessie J, Ariana Grande, David Guetta dan Charlie Puth di mana pada tahun lepas, Jessie J telah mencipta rekod apabila rakaman aksi duetnya dengan seorang peminat menjadi viral sehingga menerima 16 juta tontonan di saluran Youtube.
Jessie J turut menerima pelbagai perhargaan daripada peminat kerana dia merupakan antara artis paling mesra sewaktu mengadakan sesi duet dalam aplikasi maya tersebut.- CARI Infonet
mu leh nanyi sorang2 then app ni akan rekod dalam server. Orang lain or org kawan2 yg mu invited dari fB or followed mu dalam app smule tu pun buleh tgk, love (mcm LIKE laa) dan comment.
then mu boleh select untuk nanyi lagu2 tu secara berduet, samada join lagu yg orang lain rekod dah atau mu nak rekod lagu sendiri then invite pulak orang lain join mu duet. Bukan berduet secara real time mcm di kedai karok tu.
Bila songs tu dinanyikan berduet, makanya ada part 1 & part 2...untuk dua orang penyanyi kan. So kalau mu pilih untuk nanyi part 1, makanya part 2 orang lain lah pulak akan nanyi nanti.
btw, awie wings pun ada dalam smule. mmg best sora abe awie...masih berbisa wohh.
Post time 9-5-2016 10:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suka tengok Khai Bahar duet dengan Siti Nordiana.
Khai Bahar nyanyi sorang sorang pun sedap.
Pendek kata Khai Bahar ni nyanyi lagu apa apa dekat Smule tu sedap. Janji yang duet dgn dia tu kena suara sedap jugak.
Post time 10-5-2016 06:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lilydandelion77 replied at 10-5-2016 03:48 PM
Kawan iols hampir bercerai gara-gara smule
Laki sheols berduet dgn MJ mana ntah lagu cinta jiw ...
Ditambah lagi skang dah bergroup bagai. Lepas nyanyi tukar2 komen, kenal2 then tukar2 nombor. Bagusnya apa yang ada kat smule tu biar remain kat situ jela. Tak yah terbawak2 sangat. Naya nanti.
Post time 11-5-2016 11:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mary_jane replied at 10-5-2016 06:29 PM
Ditambah lagi skang dah bergroup bagai. Lepas nyanyi tukar2 komen, kenal2 then tukar2 nombor. Bagu ...
Haa betul! Asalnya duet sama sama. Join group pastu. Masuk group whatsapp, konon nak nyanyi lagu ramai-ramai. Lepas tu personal whatsapp. Yg kesian, geng group boleh kenen-kenen pulak. Gila!
Nak karok, relax relax dah. Takyah nak sampai jatuh cinta. Dgn laki org pulak. MJ tu pun merenyam sgt