CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2897|Reply: 11

Bro, Berwajah Kurang, Tak Apa, Serlahkan Sifat-sifat Berikut!

[Copy link]
Post time 6-5-2016 06:21 PM | Show all posts |Read mode




Ada tak kaum wanita yang sekarang ni ada teman lelaki yang tampan, tinggi, berbadan sasa, baik hati, prihatin dan pandai masak. Kalau ada korang memang untung la.. Tapi memang susah nak cari lelaki yang sempurna macam tu.




Bagi kaum wanita pula, korang tak perlu la nak cerewet sangat. Setiap lelaki mesti ada kelebihan masing-masing yang boleh buat korang jatuh cinta. Jom kita tengok sikit bahagian seksi yang ada pada lelaki yang boleh buat kaum wanita terpikat habis.



1) Pandai Buat Lawak


Biar kelihatan tak tampan , biar tak comel. Asalkan seseorang lelaki tu mampu buat wanita rasa seronok pun memang dah dianggap seksi tau. Kalau muka je macho tapi takde 'sense of humor' pun bosan juga.


Kalau kaum wanita tengah sedih sebab tekanan kerja siapa lagi nak ceriakan kalau bukan lelaki yang ada sifat kelakar ni?






2) Pandai Memasak


Psstt.. nak bagitau sikit pada kaum lelaki ni. Kalau korang ada skill memasak mesti untung sebab wanita akan cair bila tengok korang bersusah payah masak di dapur hanya untuk menyediakan makanan yang sedap untuk korang. Senyum sampai ke telinga bila tengok abam-abam jantan masak.






3) Kuat Bersukan


Nak uji kejantanan seseorang lelaki tu, kenalah tengok aktiviti harian dia. Kalau jenis yang jaga kesihatan dan keterampilan tu memang padu! Wajar kan, sebab nak jaga bentuk badan untuk mata wanita-wanita yang memandang juga kan?


Biasanya lelaki yang gemar bersukan ni mempunyai stamina yang tinggi, fizikal yang kuat dan tak pernah kenal erti penat.








4) Sentiasa Nampak Kemas & fit



Keterampilan, kekemasan amat penting untuk lelaki di mata wanita. Ingat, pandangan pertama kali tu penting tau.. Pernah dengar perkataan ‘cinta pandang pertama’ tak? Sebenarnya betul sebab wanita akan terpikat jika korang jaga penampilan dan sentiasa tampil segak.






5) Pandai Bawa Diri




Sifat pandai berdikari juga antara salah satu faktor kenapa lelaki itu nampak seksi di wanita. Tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan tahu menyelesaikan masalah dengan sendiri tu satu perkara bonus!




6) Berkeyakinan


Tanya lah kepada mana-mana wanita di dunia ni, antara salah satu sebab faktor mengapa seorang lelaki nampak seksi di mata wanita adalalah sifat keyakinan yang tinggi yang ada pada lelaki tersebut.


Mempunyai plan yang tersendiri dan tahu apa yang mereka nak dalam hidup mereka. Sentiasa kerja keras untuk capat matlamat yang tersendiri. Seksi apa tu!




7) Senyuman Memukau Kalbu




Yang ni paling hilang kawalan buat kaum hawa semua ... Senyuman persis The Rock ni mampu buat wanita-wanita di luar sana pengsan. Senyuman seorang lelaki juga dapat pujuk hati wanita yang sedang marah. hebat kan?





Jadi, bagi lelaki yang tergolong dalam kategori yang kurang tampan, bolehlah cuba menyerlahkan sifat-sifat seperti yang disebutkan di atas supaya dapat menambat hati kaum hawa yang tidak mengutamakan lelaki yang berwajah kacak.- CARI Infonet






sumber : http://www.ohbulan.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 07:58 PM | Show all posts
tak suka dengan lelaki pandai masak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 09:36 PM | Show all posts
purpledesire replied at 6-5-2016 07:58 PM
tak suka dengan lelaki pandai masak..

napa..
ek... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 09:46 AM | Show all posts
senyuman beliau mmg memikat hati kecil ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
purpledesire replied at 6-5-2016 07:58 PM
tak suka dengan lelaki pandai masak..

Kalau ko pompuam jenis pandai masak x suka lelaki yg pandai masak  tu ok lah boleh diterima.

Tapi kau jenis pompuan dah lah x gheti memasak lepas tu tak suka plak jantan ko pandai masak mmg pelik.

Lepas tu ada plak pompuan yg dah lah x cukup pakej harapkan muka je lawa letak hantaran tinggi. Kesian suami kat rumah nanti nak makan sedap bini plak x gheti masak.


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 11:03 AM | Show all posts
tak hensem takpe yang penting baik hati dan bukan pemarah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2016 07:42 PM | Show all posts
fazamania replied at 7-5-2016 10:01 AM
Kalau ko pompuam jenis pandai masak x suka lelaki yg pandai masak  tu ok lah boleh diterima.

Ta ...

jgn risau..pompuan kalo tak pandai memasak boleh pergi belajar..belajar masak benda yang senang2 dulu..nanti lama2 pandai la..

oh ya..btw sy boleh memasak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 07:44 PM | Show all posts

hehee..ntah la awak..sy mmg susah sikit nak accept lelaki yang pandai masak nie..tak tau la nape..huhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2016 07:50 PM | Show all posts
purpledesire replied at 7-5-2016 07:44 PM
hehee..ntah la awak..sy mmg susah sikit nak accept lelaki yang pandai masak nie..tak tau la nape.. ...

iols punye tunang suka masak & suka makan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 07:53 PM | Show all posts
tunangku replied at 7-5-2016 07:50 PM
iols punye tunang suka masak & suka makan...

hehee..takpelah..nanti biler dah kawin nanti boleh masak sama2 dan makan bersama2..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 08:02 PM | Show all posts
purpledesire replied at 7-5-2016 07:53 PM
hehee..takpelah..nanti biler dah kawin nanti boleh masak sama2 dan makan bersama2..huhuu

hihiii harap2 la..

nisbah kekerapan memasak..
iols 1 heols 5
1:5 hahahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji bkn ada ciri2 mcm paknil.diva azwan..jakpar onn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061983 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list