CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2693|Reply: 4

Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam!

[Copy link]
Post time 6-5-2016 05:19 PM | Show all posts |Read mode


Apabila cuaca mendung begini, ingatan kebanyakan orang merewang ke zaman kanak-kanak ketika ibu rajin menyediakan gorengan untuk dibuat kudap-kudap petang.


Antara yang menjadi ‘kegemaran’ sudah tentulah jemput pisang atau cekodok. Resipinya mudah dan paling penting, kosnya murah dan kena sangat dengan status kewangan kami sekeluarga ketika itu.






Hidangan ringkas tetapi penuh kasih sayang ini mempunyai ‘sentimental value’ yang begitu tinggi bukan sahaja pada penulis, tetapi pasti juga begitu dekat di hati rata-rata rakyat Malaysia.


Istimewanya resepi ini adalah Planta atau mentega sebagai bahan penambahbaik dalam adunan bater, yang berfungsi untuk membantu merangupkan cekodok anda.




Bahan-bahan
4-5 biji pisang


1/2 cawan tepung gandum


2 sudu Planta atau mentega


3-4 sudu gula pasir


secubit garam


*masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)




Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.


2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.


3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘o! Terangkat geng!- CARI Infonet









sumber: sentiasapanas.com.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 06:30 PM | Show all posts
Saya suka campur tepung kek..rangup
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau beli luar, selalu cari yg kecut bila dah goreng. Tu konpem byk pisang kurang tepung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 12:57 PM | Show all posts
kalau buat anak anak berebut nak makan.. faveret.. letak baking powder, gula, garam, pisang banyak tepung sket ( kalau tepung sket ngat nnt masuk minyak lak)..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:36 PM | Show all posts
Cekodok pisang arwah mak aku paling sedap, tak rasa dah cekodok pisang sesedap tu lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.175587 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list