Oleh Izzah Abbasy
'Mood' tak bagus hari ini? Dah kenapa? Sebab tersekat di jalan raya atau ada saja yang sudah membuat onar kepada diri anda?
"Tak mo tak mo bad mood okes" Nak kongsikan dengan anda, perasan tak bila sedih-sedih ini pasti hari anda jadi suram sahaja kan? Mulalah sibuk dengar lagu-lagu sedih, tangkap cintan gitu. Biasa buat kan?
Nak tahu tak kenapa? Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Free University of Berlin, lagu-lagu sedih mampu untuk membuatkan seseorang berasa lega dan gembira ini kerana lagu-lagu sedih ini akan mengembalikan nostalgia lama dan membuatkan kita melupakan kesedihan.
Oleh itu, bila anda tengah sedih atau 'down' cuba pilih satu lagu sedih kegemaran anda, perlahan-lahan 'mood' anda akan berubah jadi lebih tenang dan stabil. Yang tak pernah buat, nanti cubalah. - CARI Infonet
*Dengar lagi rock baru tak sedih. Yeke?
|