CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60052|Reply: 351

Kesian Yazid kena maki dgn wife kesayangan amy ;Update luahan hati anak #287

[Copy link]
Post time 6-5-2016 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CrowneGlory at 12-5-2016 01:58 PM

Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid telah membuat laporan polis selepas didakwa ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya beliau terima ketika terlibat didalam Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.

Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”


Laporan tersebut dibuat oleh Yazid di Balai Polis Wangsa Maju pada petang Rabu lepas (4 Mei 2016). Dalam laporan itu juga, Yazid turut mendakwa berlakunya pecah amanah kerana tidak mendapat bayaran Konsert 35 Tahun Search serta beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.

Yazid mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert. Namum, beliau agak terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan Yazid tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehinggalah ke hari ini.


Tambah Yazid, pengurus AF Jet memaklumkan pembayaran kepada Yazid sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.


Yazid menderita beberapa penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang yang agak banyak untuk menampung kos rawat lain serta kos mencuci buah pinggang beliau sebanyak empat kali sehari.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. islamik sangat Amy Search ni lately tapi pecah amanah.. haram makan duit kalau x amanah tu bang.m ingatkan akhirat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:01 AM | Show all posts
haaa nanti kita tunggu apa jawapan si isteri yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:04 AM | Show all posts
hhmmm.....kita tunggu respond belah sana pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:11 AM | Show all posts
Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”



katanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:11 AM | Show all posts
mana isteri yg maki tu pny statement?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2016 11:17 AM | Show all posts
memang mulut bini amy ni hangsuang binti hamjad kan... apa nak diheran
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:17 AM | Show all posts
bini amy memang bermulut puaka sedari dulu lagi khuen...berdasarkan gosip kat porem cari suatu ketika dahulu...masa tu diorang bukak restoran makanan cina muslim...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 11:20 AM | Show all posts
sian yazid
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:22 AM | Show all posts
tak baik betul cakap camtu kt yazit
macamkan ko tu takkan penah tua & sakit
so, islamik yg di portray selama ni, cume nk kaburkan masyarakat ke???

baca kt fb semalam, ini bukan kali pertama, yazit tak dapat bayaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2016 11:24 AM | Show all posts
famili owner Tahfiz kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya bahasa bini amy nauzubillah. Dh la org tu tgh stress mcm2 penyakit

Tp bukan ke konsert ni bulan ogos nanti? Ke tu konsert lain?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:26 AM | Show all posts
kenapa tergamak ckp mcm tu? dia lupa ke amy pun dah tua juga...ingat sihat sokmo ke laki dia tu? kan Allah byr cash baru menyesal...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape masih trima job kalo sebelum ni pun
dah pernah tak dapat bayaran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:28 AM | Show all posts
hmm ...she is sporean kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:35 AM | Show all posts
bertabah lah yazid...
huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak wat mcm mana. Sebelum bertudung pun dia ala ala stok awek bohsia jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:36 AM | Show all posts
sorry uolss.. boleh tepek x apa yg bini amy tu ckp? iols x jmp la nak cari kat manaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:40 AM | Show all posts
sekuntum_nm replied at 6-5-2016 11:28 AM
hmm ...she is sporean kan..

YG SPOREAN TU EX BINI MODEL ROSLIZA
yg ni org kulim kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:41 AM | Show all posts
camana amy bole jumpa bini dia ni ehh..?
mean jumpa kat mana..? sapa introduce
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.091550 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list