View: 1955|Reply: 13
|
[Tempatan]
Harga tiket final Piala FA RM50 dapat kritikan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 6 Mei — Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), yang bertanggungjawab menguruskan Liga Malaysia bermula musim ini, menafikan ia cuba mengaut keuntungan apabila menjual tiket final Piala FA pada harga RM50.
Ketua pegawai eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam berkata hasil jualan tiket itu akan turut diberikan kepada pasukan bertanding.
“Segala keuntungan yang diperoleh adalah demi kebaikan setiap pemegang taruh kami iaitu semua pasukan yang bertanding dalam liga kelolaan kami,”katanya dalam satu kenyataan semalam.
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim dijadual menentang wakil Liga Perdana, PKNS FC pada aksi final di Stadium Shah Alam 14 Mei ini.
Beberapa pihak termasuk Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sebelum ini mendakwa harga RM50 yang dikenakan oleh FMLLP dilihat lebih membebankan penyokong kedua-dua pasukan.
Presiden SAM Ahmad Khawari Isa turut dilaporkan mempersoalkan ketiadaan tiket khas untuk kanak-kanak dan pelajar bagi menyaksikan aksi final berkenaan.
Dalam pada itu, Kevin menjelaskan pihaknya tidak mewujudkan jualan tiket untuk kanak-kanak pada aksi final berkenaan kerana mendakwa tiga peratus daripada jualan keseluruhan yang diperuntuk buat golongan itu, tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Beliau sebaliknya menegaskan FMLLP sentiasa mewujudkan pelbagai aktiviti untuk menarik golongan kanak-kanak meminati bola sepak tempatan.
“Sebagai contoh, untuk perlawanan akhir ini, kami anjurkan program khas buat 1,000 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun secara percuma.Ini adalah inisiatif bersama rakan rasmi kami dalam menjayakan program ini,” katanya.
Menerusi program berkenaan, yang turut mendapat kerjasama daripada penaja utama Piala FA iaitu Superbest Power, kanak-kanak berkenaan berpeluang melihat sendiri di sebalik tabir perjalanan aksi final berkenaan di samping berjumpa pemain kedua-dua pasukan.
Program sedemikian dilihat lebih efektif dalam memupuk minat golongan kanak-kanak menyaksikan keghairahan bola sepak tempatan berbanding hanya duduk di kerusi di dalam stadium, jelasnya.
Pada masa sama, beliau menegaskan program itu adalah selari dengan kempen “Say No To Hooliganism” yang diwujudkan oleh pihaknya bagi mendidik penyokong supaya tidak melakukan perkara negatif ketika berada di dalam stadium. — Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
okay la rm50. orang johor kan kaya-kaya. target tiket ni untuk bangsa johor je |
|
|
|
|
|
|
|
RM3.5m utk 90 min...sapa x mau untung...senang btl fam buat duit |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu.. kalau rasa mahal, jangan beli.. ada orang lain nak beli..
Supply and demand |
|
|
|
|
|
|
|
Secara xlangsung leh kurangkan ulat tiket |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane nk dpt tiket free utk kanak2 tu?
i ok jek 50 tu tp kanak2 xleh la 50 sbb ade yg kutip duit ni pkaiorg tgh 50 utk bdk....tgh pening ni...btol ke free?
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk kat tb jer. lama dah x pegi stadium. sejak rimas dgn penyokong hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
RM50 tu masih reasonable.. |
|
|
|
|
|
|
|
MariaClara replied at 6-5-2016 07:50 AM
mcm mane nk dpt tiket free utk kanak2 tu?
i ok jek 50 tu tp kanak2 xleh la 50 sbb ade yg kutip du ...
sorok kat perut. paka baju labuh2 cakap pregnant. |
|
|
|
|
|
|
|
gilerrrrrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay lah harga tu..tak yah nak meroyan sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
kaki bola tak kan RM50 pun nak berkira....
|
|
|
|
|
|
|
|
selama ini aku ingat harga tiket stadium jauh lebih mahal dari 50 ringgit. jadi bila ummah2 miskin durjana merungut harga tiket 50 ringgit, i was like.... WHAT THE FUCK? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh la..hai.. RM 50 tu okay la. Bukan naik sampai... eh.. kenapa bulu kening Kevin Ramalingam tu lain macam je aku tengok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|