View: 2640|Reply: 3
|
McDonald Kini Sedang 'Test Market' Kentang Goreng Perisa Bawang Putih
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Khas buat peminat-peminat kentang goreng seluruh dunia, McDonald kini mengeluarkan kentang goreng dengan flavor bawang putih.
Seperti yang dilaporkan oleh majalah TIME, mereka memberi nama 'Gilroy Garlic Fries' yang mula dijual di empat lokasi di San Francisco.
Untuk masa kini, mereka hanya akan menyediakan kentang tersebut mengikut pesanan oleh pelanggan. Kentang goreng biasa akan dicelup dengan sebatian minyak zaitun perisa bawang putih, cheese, parsley dan juga garam.
Jika pelanggan berpuas hati dengan produk dan rasa baharu tersebut barulah mereka akan meluaskan pasaran kentang goreng tersebut.
Harap masuk pasaran Malaysia dengan cepat sebab orang Malaysia memang suka dengan bawang putih. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
kentang paling best sekarang ni kentang KFC baru tu
rangup gileeeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|