CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3649|Reply: 14

Jual Ribuan Pen Dari Meja Ke Meja, Apa Rahsia Bro Ini?

[Copy link]
Post time 5-5-2016 02:47 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za







Anda pasti pernah berjumpa dengan penjual yang menjual produk mereka dari meja ke meja, selalunya di kedai makan atau restoran.


Cuba anda ingat kembali, apa reaksi anda dengan mereka yang menjual ini? Segera menolak atau mendengar terlebih dahulu penerangan ringkasnya?


Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering makan di luar, bertemu dengan penjual dari meja ke meja ini bukanlah terlalu asing.


Cumanya, diri kita yang masih berasa asing untuk menerima cara orang berniaga sedemikian. Benar?


Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang netizen ini, betul-betul telah membuka minda ramai orang tentang bagaimana penjual meja ke meja ini bersungguh sebenarnya.


Mungkin kita nampak cara mereka berniaga ini seperti ketinggalan zaman, selekeh dan tidak berpelajaran, namun tahukah anda walaupun dengan hanya menjual pen mereka mempunyai sistem yang tersendiri untuk meraih pendapatan ribuan ringgit.


"Brother Shah ni kongsikan rahsia kejayaan beliau menjual ribuan pen meja ke meja. Bila saya berborak dgn beliau, rupe2nya beliau ni well educated, fasih berbahasa England dan ada sistem!

"Beliau kongsi Teknik Jualan 5 step dan 8 step kejayaan beliau. Saya agak terkejut betapa fokus dan tersusun sistem jualan yg beliau amalkan hari ke hari," ujar netizen ini, Ahyat Ishak yang berkongsi kisah di laman Facebook.










Dia berasa sangat kagum dengan Bother Shah kerana sistem dan juga konsep yang diamalkan begitu tinggi, bukan 'cikai-cikai' punya.


Ini sekaligus membuktikan, masih terlalu banyak peluang di luar sana untuk berjaya dan memajukan diri, walau hanya dengan menjual pen dari meja ke meja.

Usah merungut dan menjadi terlalu 'demand', semoga perkongsian daripada netizen ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 02:57 PM | Show all posts
dah tau lama dah, cuma tak sanggup nk buat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 03:29 PM | Show all posts
yg ptg memang rse x selesa sb kalau dh ckp "maaf dik, x minat nak beli" kte ckp ngn muke senyum n ckp baik2 tp jenis muke x faham bahas.. nk mkn pun x senang!

komen sikit ayat org yg mbeli rse besar tp org yg mjual tu sbrnya win.(lbh kurang gtu ayatnya kat atas tu).. sila jgn dabik dada sgt ye, kekadang kte ni beli sb KESIAN dan TAK NAK DIGANGGU LEBIH LAMA. cepat beli, cepatla diorg ke meja lain.

ok sape nk hencap aku, silakan. ni pandangan ak, ok?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 04:05 PM | Show all posts
Ramai je buat cara ni part time selalunya pakai baju melayu dengan kopiah jual sticker atau buku agama.  Sekali imbas nampak macam orang susah.  Tapi pernah nampak mereka ni datang dengan berkereta ke kedai2 makan untuk berjualan dengan cara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 04:11 PM | Show all posts
memang selau cakap 'takpe.. terima kasih..'

tak kuasa nak layan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x salah..tp mengganggu org tgh mkn.. Aku x sanggup buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2016 06:01 PM | Show all posts
sebab tu x kan hulur pada yg datang meminta minta,ikut lar,budak kecik x dak tangan ker,x dek matA ker,sakit ati aku klau tau ujung2 cerita lain

siap ade minah yg tudung labuh,encik,awak x nk derma pada  anak yatim,awak x kesian kew,aku duk sedap kebulur ngah melahap roti cotek,punya ramai org tngok...................sia sia jek tudung lebih,otak x cukup ela

baek yg duk ngah panas.bawah payung,tabung satu,lantak ler pakai kot,penjenayah ker,ase nk jek kasi,x sakit ati,sbb ihlas,bukan dipaksa
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 06:05 PM | Show all posts
x kacau orang

puiiiiii

yg inject dadah sensorang dlam bukit,tu baru betul x kacau orang................yg terjun dalam magma gunug berapi pun x kacau orang gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pe bang, saya selalu beli kat kedai rm2. Lagi murah n berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bygkn klu yg menjual prmpuan cantik. Seksi atau laki hensem tinggi jual brg yg mampu dibeli meja ke meja. Sekali 10 org beli pastu siap tunggu turn bila la org ni smpai meja ak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
xelok mengganggu org tgh mkan... tak beradab..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:49 AM | Show all posts
kalau guna step the right place and time, takda nak datang ganggu time orang tengah makan.
ko tengok laa orang tengah tunggu makanan sampai ke, tengah lepak2 main hp tke, time tu ko datang boleh la orang layan lagi. ni tengah dok sibuk2 makan, time tu la nak terang itu ini. memang say no je la.

tapi kalau setakat jual pen, memang idok ler nak beli. common. kalau perfume kereta ke, maybe beli jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 05:12 PM | Show all posts
aku selalu jer beli pen nih...murah dan pen nya pon bagus... tp yg dok jual buku atau ubat, bila tak nak beli terus suruh kita sedekah ikut berapa nak bagi, itu tak berapa nak berkenan...konon2nya jualan akan disalurkan ke pusat kebajikan sekian2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy pernah buat kerja ni. Superviser ajar 1 prospect jgn lbh 3min. Kalau dia x lyn. Pujuk skit.dia x nak, sila blah.cari org lain. I can sell 100 calculators a day sometimes more. Sgt2 mengajar erti hidup.tp kami x kacau org mkn.kami pegi dr bangunan ke bangunan.mintak izin dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 6-5-2016 05:12 PM
aku selalu jer beli pen nih...murah dan pen nya pon bagus... tp yg dok jual buku atau ubat, bila tak ...

Annoying set2 jual agama ni.balm bodoh pun rm15. Laki i suke layan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.289770 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list