CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8788|Reply: 66

[Jenayah] {999}Graduan perubatan sila cari kerja lain!

[Copy link]
Post time 4-5-2016 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Tak cukup tempat, kementerian cadang graduan perubatan kerja lain



KUALA LUMPUR, 3 Mei — Kementerian Kesihatan mencadangkan agar graduan perubatan boleh berkhidmat di kementerian lain dalam menangani masalah kekurangan perjawatan bagi pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S. Jeyaindran berkata cadangan itu sebagai alternatif ekoran ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat berkhidmat di hospital kerajaan.

“Pada waktu dulu, sistem memperuntukkan agar graduan perubatan perlu bekerja di kementerian kesihatan sahaja, tetapi sekarang apabila berlaku lambakan graduan perubatan, mungkin kita perlu berfikiran secara terbuka dan di luar kotak.

“Perlu difikirkan adakah graduan ini hanya boleh bekerja di bahagian klinikal atau bekerja di kementerian lain seperti yang diamalkan di negara lain termasuk India yang membolehkan graduan perubatan mereka berkhidmat di agensi berlainan meskipun memiliki ijazah perubatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau menyempurnakan majlis sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Workplace Stress: A Collective Challenge’ di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Pada majlis itu HKL turut memperkenalkan program ‘Return To Work - Doctors’ Support Group’ untuk pegawai perubatan yang mengalami tekanan kerja yang mereka akan dibantu dengan dirujuk kepada Pakar Psikiatri untuk diberi bimbingan sebelum kembali bekerja.

Dr Jeyaindran berkata cadangan graduan perubatan diambil bekerja di tempat lain dibuat kerana terdapat juga ramai graduan perubatan yang tidak tahan tekanan telah terkandas sewaktu ‘housemanship’ sehingga menyebabkan proses pengambilan pegawai perubatan baharu di hospital kerajaan turut terganggu.

“Setiap tahun kita terima 5,000 graduan perubatan menjalankan latihan tetapi daripada jumlah itu nisbah 1:5 mengambil keputusan berhenti kerana tekanan kerja dan tidak mempunyai minat mendalam.

“Sebab itu kita mahu mereka ini yang ada ijazah perubatan tidak mensia-siakannya kebolehan mereka dan dapat berkhidmat sebagai penjawat awam di kementerian lain,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya KKM sedang membincangkan perkara itu bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari dan mencapai keputusan situasi ‘menang-menang’.

“Kita telah mula berbincang, sejak dua bulan lalu dan  pelbagai perkara di ambil kira dan perlu diselaraskan termasuk perihal gaji sekiranya cadangan itu dilaksanakan,” katanya.

Ditanya mengenai perkara yang menjadi viral di laman sosial mengenai kos perubatan pesakit yang meningkat, Dr Jeyaindran  menafikan perkara itu dan sebaliknya berkata isu berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan propaganda pihak insurans.

“Itu mungkin anggaran kos daripada pihak insurans atau sesiapa sahaja dan mungkin anggaran daripada pihak hospital swasta (tetapi fi hospital swasta masih tertakluk dalam Akta Fi). Kalau kita sendiri (hospital kerajaan) tidak ada kenaikan kerana kita mempunyai Akta Fi (Perubatan),” katanya.

Selain itu, katanya KKM sedang menilai sama ada akta fi tersebut perlu dikaji semula kerana kos perubatan di hospital swasta masih murah berbanding di negara jiran sekali gus kesempatan itu dimanfaatkan oleh warga asing untuk mendapatkan rawatan.

“Bagi saya sendiri akta fi ini perlu dikaji kerana warga asing mendapatkan rawatan dengan kos lebih murah berbanding di negara mereka dan kita pula tidak mendapat kos yang sepatutnya,” katanya.

— Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 08:07 AM | Show all posts
Goment sekarang, jawatan PTD ditambah dan cepat naik pangkat. Tp jawatan profesional seperti doktor dok macam tu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 08:51 AM | Show all posts
moh sume kita pindah oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:30 AM | Show all posts
qronaldo7 replied at 4-5-2016 08:51 AM
moh sume kita pindah oversea.

keje petik buah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:38 AM | Show all posts
ra5101 replied at 4-5-2016 08:07 AM
Goment sekarang, jawatan PTD ditambah dan cepat naik pangkat. Tp jawatan profesional seperti doktor  ...

PTD tu la penyangak sebenar yang songlap duit 100m mcm dkt KBS tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:40 AM | Show all posts
semalam encik somi citer dia jumpa dgn member lama
kawannya doktor di kajang
ditamatkan perkhidmatan

doktor kot...pediatrik rsnya

ditanya ke mana hala tuju
pindah ke oversea...dpt keje dgn spital obersea

ni jwtn professional..cmno leh ditamatkn perkhidmatan gitu jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ra5101 replied at 4-5-2016 08:07 AM
Goment sekarang, jawatan PTD ditambah dan cepat naik pangkat. Tp jawatan profesional seperti doktor  ...

Dah jadi doktor nak naik pangkat jadi apa lagi sis? Ptd itu bukan kah memang konsep mereka management trainee?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:42 AM | Show all posts
So generasi akan datang kena hadaplah, takder jurusan yang benar2 menjamin pekerjaan kekdahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 09:44 AM | Show all posts
banyaknya sampai 5000..padahal klu dikira yg grad drpd ipta berapa je pon..dari mana dtg melambak2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ra5101 replied at 4-5-2016 08:07 AM
Goment sekarang, jawatan PTD ditambah dan cepat naik pangkat. Tp jawatan profesional seperti doktor  ...

cepat je doctor naik pangkat... kerja 10 tahun dah cecah gred 54.. .ko ada specialist..JuSA A dalam tangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mikasa at 4-5-2016 09:48 AM
chaintea replied at 4-5-2016 09:40 AM
semalam encik somi citer dia jumpa dgn member lama
kawannya doktor di kajang
ditamatkan perkhidmat ...


dia ada bagitau kenapa ditamatkan perkhidmatan? dia level apa? MO atau specialist?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:00 AM | Show all posts
kalau nak jd paranoid rasenye berbaris-baris kerja yg x lg diperlukan. doktor la, lawyer la, financial advisor (which i think skrg pun x perlu, duit kau, pehal nk suruh org advice) n few more. indah lg kut hidup mcm org asli duk dlm hutan. hidup seadanye. n kite gigih nk majukan org asli, which is x perlu pun. dont complicate their life.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dh ptd buat dasar tentu nk bantu skim depa. klo kt daerah d.o selalu x ngam ngn jurutera daerah. d.o aliran sastera, jurutera aliran sains. ..aku igt ptd ni keje bgus sgt, tpi x de la bgus pun, ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:19 AM | Show all posts

jd doktor kt sne
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:20 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 4-5-2016 10:05 AM
dh ptd buat dasar tentu nk bantu skim depa. klo kt daerah d.o selalu x ngam ngn jurutera daerah. d.o ...

cpt sgt naik pangkat mne nk bgusnye
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:21 AM | Show all posts
mikasa replied at 4-5-2016 09:47 AM
dia ada bagitau kenapa ditamatkan perkhidmatan? dia level apa? MO atau specialist?

kawan encik somi...

idak la beliau tanya lebih lanjut

org ditamatkan perkhidmatan..kang dtanya lelebih..kena balun lak..

kita bersimpati shja
moga beliau dimurahkan rezeki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ramai sgt parents yg paksa anak amik medic....dpt 3A dlm spm pun fefeeling nk anak amik course medic....dasar ummah pprt
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ra5101 replied at 4-5-2016 08:07 AM
Goment sekarang, jawatan PTD ditambah dan cepat naik pangkat. Tp jawatan profesional seperti doktor  ...

Betul!!ape fungsi tah ptd ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:41 AM | Show all posts
akak tak faham kenapa ada lambakan graduan doktor sedangkan
doktor-doktor di spital gomen sangatlah tak cukup..
anak sedara kawan tgh buat housemanship kat spital klang
kena kerja almost 48 hours..berat badan skrg 39kilo jer..
punya la stress sbb overloaded ngan keja...

ke gomen mmg xnak ambik doktor sbb xmampu bayor gaji diorg ni?


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 01:13 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 4-5-2016 11:41 AM
akak tak faham kenapa ada lambakan graduan doktor sedangkan
doktor-doktor di spital gomen sangatlah ...

innalillah kena kt hospital klang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069735 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list