CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2216|Reply: 4

[Dunia] Wanita Islam saman polis tanggalkan tudungnya

[Copy link]
Post time 3-5-2016 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LOS ANGELES: Seorang wanita Islam memfailkan saman terhadap polis di California kerana mendakwa tudungnya ditanggalkan secara paksa selepas ditangkap berikutan waran ke atasnya.


Menurut aduan terhadap bandar raya Long Beach dan jabatan polis, Kirsty Powell dan suaminya diarah berhenti oleh dua pegawai ketika memandu pulang ke rumah mereka pada Mei tahun lalu.


Beliau ditangkap berikutan dua waran yang dikeluarkan ke atasnya, satu berkaitan dakwaan saudara perempuannya menggunakan identiti beliau secara salah dan satu lagi berkaitan kejadian mencuri di kedai runcit pada 2002.






Powell, warga AS berketurunan Afrika, mendakwa ketika ditahan di balai polis, salah seorang pegawai menanggalkan tudungnya secara paksa di depan pegawai dan tahanan lelaki, sambil berkata beliau 'tidak dibenarkan memakai tudung' dan anggota polis 'dibenarkan menyentuh wanita'.


Saman menyatakan Powell berhadapan malu, penghinaan, penderitaan mental dan tekanan emosi berterusan berikutan kejadian itu.


"Tindakan diambil pegawai polis Long Beach tidak wajar dan pencabulan serius terhadap maruah Powell. "Layanan oleh pegawai Jabatan Polis Long Beach terhadap Powell menunjukkan salah guna kuasa ke atas wanita berkulit gelap yang tidak mampu mempertahankan diri dan satu lagu contoh diskriminasi dihadapi wanita bertudung," kata peguam cabang Majlis Perhubungan Amerika-Islam di Los Angeles, Yalda Satar. - AFP




Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/149730
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ader keputusannyerr ker belum? Menang ker kalah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke kt malaysia dulu2 pun polis wanita takleh pakai tudung. masa aku nk cuba2 apply polis tahun 2000an dulu pun kawan aku kata xleh pakai tudung. tak silap bila Noriah Anvar jadi bos trafik baru nampak yg bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:40 AM | Show all posts
teruk naw naw perangai. semoga Allah beri dia hidayah dan beliau menjadi mujahid Islam
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:41 AM | Show all posts
x bole percaya sgt geng ereb padang pasiaq ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047328 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list