CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4755|Reply: 23

[Tempatan] {6}Arah Gaji Minima 2016 1 Julai ini: Peluang kerja! post 20

[Copy link]
Post time 2-5-2016 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 10-5-2016 05:42 PM

02/05/2016 2:33pm

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata, perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012.

"Kerajaan telah meneliti semua syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dan telah mengambil pendekatan 'balanced approach' serta mempertimbang kepentingan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, melalui PGM 2016, kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Beliau berkata, bagi gaji minimum harian pula ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam bagi Semenanjung Malaysia. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2016 06:58 AM | Show all posts
MEF Jangka 30,000 Pekerja Diberhentikan Sebelum Julai Jika PGM 2016 Berkuatkuasa

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.

Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan "retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yakin pelaksanaan PGM 2016 tidak akan membebankan majikan dalam menanggung peningkatan kos pembayaran gaji pekerja selepas peraturan baharu itu dikuatkuasakan.

Setiausaha Agungnya N. Gopal Kishnam berkata ia kerana kadar kenaikan gaji minimum baharu yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidaklah terlalu tinggi.

Beliau berkata, kebarangkalian untuk berlakunya kes seperti tunggakan gaji, pembuangan pekerja mahupun penutupan syarikat hanya kerana peningkatan kos pembayaran buruh, adalah kecil.

"Hanya jika keadaan ekonomi benar-benar merosot sehingga tahap terburuk sahaja akan menyebabkan majikan terpaksa bertindak sedemikian untuk menyelamatkan perniagaan mereka.

"MTUC yakin kerajaan telah mengambil kira segenap aspek dan pastinya dasar baharu yang dijangka dikuatkuasakan pertengahan tahun ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Gopal berkata, peningkatan gaji minimum ini merupakan satu bonus kepada pekerja di negara ini yang kini berhadapan situasi ekonomi global yang tidak menentu.

"Selain membantu mengurangkan beban ditanggung mereka, MTUC juga berharap peningkatan gaji ini akan memberi galakan kepada pekerja untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan produktif," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 09:06 AM | Show all posts
skit tu ...
30,000 jadi korban berbanding kebahagiaan juta yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:08 AM | Show all posts
lagi mau tangguh.. bagi jer penalti pada syarikat yang buang pekerja tu...

1k nak mkn apa wei...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:17 AM | Show all posts
dulu aku pernah suarakan, majoriti majikan kita ni tamak, tang pekerja dipotong itu ini, tang bos MD segala tu masih lagi kereta baru golf sana sini, bercuti....contoh dah ada kat company kawan aku........kadang2 kesian aku tgk pekerja dia. Dia relax je tukor kereta E250 baru lagi, siap beli cash lagi.......memang la duit company tapi mana penjimatan syarikat yg diwar warkan tu??? bagi aku MEF toksah gebang la, kalau kerajaan buat benda ni 10 tahun dulu time ekonomi bagus pun ko berdalih jugak. dan masa ni aku sokong mana2 kesatuan pekerja untuk demand gaji minimum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:20 AM | Show all posts
buang je pekerja yg malas...... ganti dgn mesin lagi bagus....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2016 09:22 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 3-5-2016 09:17 AM
dulu aku pernah suarakan, majoriti majikan kita ni tamak, tang pekerja dipotong itu ini, tang bos MD ...

teringat kat trg dulu.... kat kat batu rakit nun... ade makcik ni bangga bakal menantu die keje bagus....
gj rm800.... keje jaga kuda apa ntah.... see klau kat trg rm1k tu masyuk la tu... dok rumah mak ayah.... nak ikan murah p pulau kambing.....
kat kg takyah sibuk nak ikut trend pakaian branded... beli baju giant rm10 dah ckp....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:31 AM | Show all posts
1k lepas tolak itu ini berapa je la yg pekerja tu dpt... bayau gaji minima pun nak bising2... pastu komplen pekerja tempatan tak mau keje... sepatutnya majikan kena pikir cmana nak tambah income company supaya dpt cover kos gaji pekerja yg meningkat tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut menyeluruh la gaji minimum....termasuk  sektor domestik pembantu rumah....baru ibu bapa nk amek pembantu acah2 org kaya fikir dua kali...dan fikir tanggungjawab kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
BG indon,bangla je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:40 AM | Show all posts
novlin replied at 3-5-2016 09:31 AM
1k lepas tolak itu ini berapa je la yg pekerja tu dpt... bayau gaji minima pun nak bising2... pastu  ...

cut cost...... kasik buang pekerja......   
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:40 AM | Show all posts
novlin replied at 3-5-2016 09:31 AM
1k lepas tolak itu ini berapa je la yg pekerja tu dpt... bayau gaji minima pun nak bising2... pastu  ...

cut cost...... kasik buang pekerja......   
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:57 AM | Show all posts
Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.


sudin ni penipu ka? ada ke staf O&G gaji 1K sebulan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 10:11 AM | Show all posts
nak ugut2 buang pekerja pulak
tak kan selama ni x untung2
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 10:26 AM | Show all posts
golongan paling haprak di malaysia, kecik2 tanak mampus, dah besar menyusahkan orang...in no particular order:

1. politikus/penjawat awam pelahap wang rakyat
2. rehda
3. mef
4. penipu mlm
5. macai
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
masa_lalu replied at 3-5-2016 09:57 AM
sudin ni penipu ka? ada ke staf O&G gaji 1K sebulan?

Keje pam minyak .. Jaga counter petrol station.. = keje O& G

Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 11:48 AM | Show all posts
myoujin replied at 3-5-2016 11:13 AM
Keje pam minyak .. Jaga counter petrol station.. = keje O& G

Hehe

hehehe retailer kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
masa_lalu replied at 3-5-2016 11:48 AM
hehehe retailer kot

Mungkin saintis pertamini
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 12:14 PM | Show all posts
rm1000 jer??..patut up ke rm1500 cam Selangor...rm1000 tu takat kais pagi mkn pagi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2016 05:40 PM | Show all posts
Pelaksanaan Gaji Minimum Buka Peluang Kerja Belia Tempatan
KEMAMAN, 10 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016 sebanyak RM1,000 sebulan yang akan bermula Julai depan dilihat dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan yang selama ini diisi kira-kira 1.9 juta pekerja asing yang berdaftar secara sah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata selama ini pekerja asing banyak terlibat dalam industri yang dikategorikan sebagai 3D iaitu - dangerous, dirty and difficult (bahaya, kotor dan susah).

"Namun, dengan pelaksanaan gaji minimum ini nanti, perlahan-lahan kita akan menggalakkan anak muda tempatan memasuki industri ini seterusnya beri peluang untuk mereka meningkatkan kemahiran dan menjadi pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut.

Ini selaras matlamat kementerian yang menetapkan sasaran 35 peratus pekerja tempatan adalah terdiri dari pekerja mahir pelbagai bidang menjelang 2020 dan ketika ini jumlahnya telah mencapai 28 peratus yang diharap mampu mencapai sasaran itu dalam tempoh enam tahun lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2016 Sedunia di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Kadar gaji minimum bulanan dan jam tersebut ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia manakala RM920 atau RM4.42 sejam untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa terdapat 71 jenis pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D termasuk industri minyak dan gas.

"Jadi pelaksanaan gaji minimum ini nanti dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam semua industri itu, sebaliknya bakal diisi oleh anak muda tempatan," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.119663 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list