CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3296|Reply: 7

Ex-Boss Gaji RM40000, Keje Goyang Kaki,Bagi Arahan, Itu Apa Yang Kita Nampak

[Copy link]
Post time 29-4-2016 06:40 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Semua pekerja percaya dengan keadaan suasana kerja yang cerita, selesa dapat mencipta mood yang baik untuk pekerja terus setia dan terus bekerja.


Banyak rungutan yang kita dengar daripada pekerja mengenai bos yang sering muncul disaat-saat tak kena, dan mulalah mencari salah pekerja.


Yang sering didengar, bos goyang kaki, gaji besar, tahu beri arahan sahaja, jom baca kisah Muhammad Afiq Ikhwan, semoga kita lebih memahami bos yang sering goyang kaki dan beri arahan.


...


My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu sudah.
Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah.
Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh.
...


Hari ni, baru aku faham.
Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.
Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.
...


Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.
Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.
Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa?
Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah.
Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak.
Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.
...


Antara part yang kita tak tengok lagi ialah.....
Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya.
Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan.
Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff.
Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.
4 orang = 4 perut.
4 perut X 40 orang staff = 160 perut !
Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi !
Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut.
Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?
Nisbahnya ialah 1:40.
Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff.
So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?
...


Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Macamana nak faham statement ini? Gini :
Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?
Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.
...
So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu............harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni.
Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.
Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya..........kita taktau.
Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas.
Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.
Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Huhu.
...
Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Hoho.
Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran/pendapat dan sebagainya.
K bye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.
Camne ko tau aku x baca ni?

Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 02:12 AM | Show all posts
baik jual abc jek

jdi kuli bos gaji 900...................jual abc pun 900 kut,nak siap pi thank thanks,puiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kalau jenis keje gomen atau badan berkanun  takde kena mengena pun bos kasi makan ke tak kot.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 09:00 AM | Show all posts
Btui laa..kesian leader aku asik kena marah dgn staf bawahan kalau increment dapat ciput..padahal diri sendiri memg pemalas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 12:00 PM | Show all posts
haha btul gak pe yg dickp kan tuh.. bos punya stress kita tak tau...  bkn sbb aku ni bos.. tapi kdg aku perhatikan gak bos aku..ade masa dia nmpk kusut .. aku byg kan mcm mana  kalo  aku jadi bos.. jadi CEO ke.. agak2 stress nyer  boleh tak aku hadap.. bos aku dia tak keje dlm opis sgt.. dia byk keje  diluar berjumpa dgn org utk dptkan projek.. waktu nyer pun bkn ikut opis hour.. kdg aku dah nak  balik.. dia still keje ..masa tuh aku nampak dia kene jumpa seseorg bincang pasal projek.. kalo tak dpt projek ..mcm mana  nak byr gaji pekerja bawahan... tapi part kerajaan lak.. bos2 nyer aku tak tau.. yele  ade gak  dgr goyang kaki je.. mkn gaji buta. le.. ntah le..sbb aku tak penah keje  dgn kerajaan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2016 03:24 PM | Show all posts
lau swasta ye la...lau gomen xde nye cmtu..ko keje x keje ttap dpt gaji bulan2....bos gomen ada bnyk elaun2..slah 1 nye elaun keraian....elaun keraian ni sbnrnya utk meraikan staff cntohnya jika staff pindah etc....tp ada jnis bos yg buat duit tu cm duit dia..bila staff pindah ke hapa..kena collect duit..nk bli adiah collect..nk buat mkn2 kna collect....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung laaaa jd boss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061905 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list