CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 10

[Dunia] Budak Pompuan 11 Tahun Berjaya Terbang Dari Moscow Ke St Petersburg Tanpa Tiket

[Copy link]
Post time 29-4-2016 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Budak Perempuan 11 Tahun Berjaya Terbang Dari Moscow Ke St Petersburg Tanpa Tiket

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/04/28/budak-perempuan-meneylit-masuk-peswat-rusia/

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 6:15 PM
Oleh: AFP

SAINT PETERSBURG: Seorang gadis Rusia berusia 11 tahun berjaya terbang dari Moscow ke Saint Petersburg selepas menyelit masuk ke dalam pesawat dengan cara beramah mesra dengan penumpang lain, kata pihak berkuasa, Rabu.

"Seorang gadis berusia 11 tahun ditemui di Lapangan Terbang Pulkovo di Saint-Petersburg. Dia telah tiba dari Moscow bersendirian tanpa pengenalan atau tiket," kata polis pengangkutan di bandar kedua terbesar Rusia itu.

Pelajar perempuan itu berjaya menaiki penerbangan tanpa disedari di mana-mana pemeriksaan keselamatan; pengesan logam di pintu masuk, daftar masuk, kawalan pasport di kastam atau tuntutan bagasi.

Satu sumber di lapangan terbang itu memberitahu media tempatan bahawa dia telah melepasi prosedur keselamatan dengan menyertai sekumpulan orang dewasa yang membawa beberapa kanak-kanak.

Dia kemudian mengambil tempat duduk kosong di dalam pesawat dan telah ditemui oleh seorang pramugara selepas berlepas.

Penerbangan Rossiya itu yang melakukan operasi penerbangan dari Moscow ke Saint-Petersburg berkata prosedur keselamatan adalah menjadi tanggungjawab lapangan terbang.

"Ini tidak bermakna bahawa kita tidak mengambil apa-apa tanggungjawab," kata seorang pegawai syarikat kepada AFP, sambil siasatan dalaman telah dilancarkan.

Perkhidmatan akhbar lapangan terbang Vnukovo, Saint-Petersburg tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Langkah-langkah keselamatan di lapangan terbang Rusia telah dipertingkatkan selepas pengeboman berani mati yang membunuh 37 orang di lapangan terbang Domodedovo di Moscow pada tahun 2011.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 08:39 AM | Show all posts
Keselamatan airport kita pun perlu diuji....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
melarikan diri ke apa? kerlass sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm x logik je utk lepas semua tu? kecik sgt ke sampai semua x perasan???
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 09:44 AM | Show all posts
Jenis type kecik je badan budak ni kot...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai dia blend dgn people around her.
Tu yg tak nampak janggal..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2016 09:55 AM | Show all posts
itu kat mosko, kt mesia, cer naik kapal yg airlines budget tuh, konfem x lepas

dari mula check in sampai gate nk masuk mulot kapai pun mintak lg ic anak, huh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 05:22 PM | Show all posts
kot ye pun menyelit, takkan sorang pun dalam group tu
tak pasan budak ni anak sape..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 05:54 PM | Show all posts
hebat la budak tu...mcm citer home alone pulak....nk g berguru la ngan budak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:17 PM | Show all posts
dcruins replied at 29-4-2016 09:18 AM
Hebat gak budak ni......ni baru namanya real life hacking.

teringat kisah real life hackers yg berjaya menukar duit
yg masuk ke akaunnya menjadik derma dan berjaya
memulangkan duit tu kepada penderma dgn pantas
sebelum sempat disoalsiasat
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Liciknya budak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043143 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list