CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4412|Reply: 15

Roti Bertaburan Emas Paling Mahal Mampu Menarik Perhatian Orang Kaya

[Copy link]
Post time 27-4-2016 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Setelah roti milo, kopi dan tembikai diperkenalkan kini ternyata roti bertaburan emas yang dibuat mampu menarik perhatian orang kaya di seluruh dunia.

Tepung gandum, yis dan air adalah tiga bahan utama yang digunakan untuk membuat roti. Namun, dengan menambah serbuk emas yang boleh dimakan pastilah ia merupakan roti yang termahal.

Menurut dailymail.co.uk, sebuah kedai roti Pan Pina di Algatocin, Sepanyol, baru sahaja membuat inovasi roti. Sebabnya, kedai roti tersebut membuat roti mewah yang bahagian atasnya ditaburi oleh emas.

Pemilik Pan Pina, Juan Manuel Moreno, menyatakan bahawa ideanya ini terinspirasi setelah melihat kopi termahal di dunia yang dijual di wilayah tersebut. Sehingga pemiliknya memutuskan untuk membuat roti yang ditabur serpihan emas dan boleh dimakan.

"Emas itu sendiri tidak mempunyai rasa yang sebenar. Itu hanya menambah kilauan dari roti," kata lelaki berusia 41 tahun tersebut. "Ini dibuat dari bahan-bahan semulajadi dan segar. Orang percaya bahawa sejumlah kecil emas baik untuk pencernaan."

Roti bertabur emas ini dijual US $150  per 400 gram. Roti Gold Leaf atau roti bertabur emas merupakan roti termahal yang pernah dibuat oleh keluarga Juan.

Menariknya, peminat roti bertabur emas ini cukup ramai. Populariti Gold Leaf terkenal di rantau Costa del Sol, Rusia, dan juga di negara-negara Timur Tengah.

"Kami mempunyai banyak pengunjung kaya dari Rusia dan China. Mereka selalu mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kaya mereka," jelas Juan. - CARI Infonet
























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 08:02 PM | Show all posts
kalau berak keluar emas takkkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
X menarik pon..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nmpak mcm x sedap pon..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:33 AM | Show all posts
nak beli roti gardenia pun susah ini kan pulak nak beli emas tabur2 buat makan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 11:05 AM | Show all posts
Untuk tunjuk lagak le buat hapa bukan sedap pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2016 09:34 AM | Show all posts
UmbrellaCorps replied at 27-4-2016 08:02 PM
kalau berak keluar emas takkkk.....

pastu berak dlm pasir kucing, scoop then keringkan buat fosil. g timbang n gadai. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 12:02 PM | Show all posts
amboii,kemain duk tabur emas..
ai mkn roti buh sekaya je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 08:32 AM | Show all posts
UmbrellaCorps replied at 27-4-2016 08:02 PM
kalau berak keluar emas takkkk.....

keluar, kutip, kumpul byk2 buat cincin belah rotan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-4-2016 11:05 AM
Untuk tunjuk lagak le buat hapa bukan sedap pun

Btl la tu sis.. Pmilik bakery tu kata target bt roti ni utk org2 kaya je.. Mreka beli n makan nk menunjukkn btapa kayanya mreka. Cntoh cam kakmah la,, nk mnunjukkn btapa kayanya jd first lady, tu yg kehulu kehilir hermes je
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:03 AM | Show all posts
saviour_09 posted on 28-4-2016 09:33 AM
nak beli roti gardenia pun susah ini kan pulak nak beli emas tabur2 buat makan..

hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:06 AM | Show all posts
buat membazir duit jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:27 AM | Show all posts
lagi mahal dari duit pasar sebulan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2016 04:54 PM | Show all posts
takpela...iols hanya mampu mkn roti gardenia sajork
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 02:05 PM | Show all posts
sedap ke?... macam membazir je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 04:12 PM | Show all posts
aku klu kaya skali pn xkn beli roti ni...nmpk roti pn mcm batu...bkn mkn b*r*k kuar emas pn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.120328 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list