CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3706|Reply: 9

5 Ciri-ciri Wanita Yang Senang Dipermainkan Oleh Lelaki

[Copy link]
Post time 26-4-2016 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Kebanyakkan wanita yang bercinta sudah tentu mengharapkan pasangannya benar-benar tulus dan setia mencintai mereka. Hinggakan ada wanita yang waras sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasih tercinta atas dasar cinta semata-mata.


Tetapi kata orang tak semua lelaki itu jujur dalam perhubungan cinta, ada saja lelaki yang hanya sekadar "suka-suka" dan bercinta untuk "mengisi masa lapang"??...kurang asam betul kan lelaki macam ni.. Lebih malang lagi jika si wanita bercinta bagai nak rak tetapi tidak sedar sedang bercinta dengan buaya darat yang menunggu mangsa baru.


Mari kita kenali antara ciri-ciri wanita yang sentiasa menjadi sasaran dan senang dipermainkan oleh lelaki buaya darat.






1. Terlalu Lemah Lembut
Lemah lembut adalah sikap yang bagus namun cubalah sekali-sekala untuk tegas jika pasangan anda lakukan kesalahan. Jangan hanya diam dan menurut sahaja cakap kekasih anda kerana lelaki akan mudah untuk menipu anda buat kali kedua,ketiga dan seterusnya.




2. Jenis bersahaja (sempoi)
Wanita jenis bersahaja biasanya akan sangat mudah termakan pujuk rayu maut lelaki apabila sudah tangkap cintan. Wanita jenis ini jarang menolak andai sudah sayang namun jika baru-baru kenal mungkin usaha gigih diperlukan oleh lelaki untuk tawan hatinya.






3. Lurus (Lurus Bendul)
Wanita jenis lurus paling menjadi kegemaran lelaki buaya darat untuk dijadikan mangsa seterusnya. Mana tidaknya, jika ditipu mati-mati dia akan percaya tanpa sebarang persoalan.





4. Terlalu Mudah Percaya
Wanita jenis mudah percaya terhadap lelaki akan sangat mudah untuk di tipu, lebih-lebih lagi baru sebulan kenal tapi dah percaya macam 20 tahun berkawan. Sebaiknya hindari bercinta dengan lelaki yang baru dikenali kerana anda belum tahu latar belakang lelaki tersebut. Ntah-ntah buaya darat ke atau kucing kepala hitam ke siapa tahu kan, tak rugi ambil masa kenal lebih rapat dulu.






5. Terlalu pendiam
Ada sesetengah wanita jenis pendiam, namun jika terlalu pendiam juga tidak bagus. Cubalah berinteraksi dengan orang sekitar jadi dapatlah juga kongsi pengalaman orang lain. Pengalaman sangat penting agar kita lebih berhati-hati bila berdepan masalah yang sama dengan orang lain.







Ingat, cinta itu mengasyikkan dan juga mampu membutakan hati. Jangan sesekali "ikut telunjuk" hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti.  - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki nk test market je
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
No.5 tu salah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
bini aku gengster, aku ok je haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 12:16 PM | Show all posts
So take note girls
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2016 12:33 PM | Show all posts
gmba no 3 tu WIN... !!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 05:10 PM | Show all posts
so yg mcm mne x mudah kena tipu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua sifat mudah kena tipu. Semua ada pd ramai pompuan. Kesian 1 malaysia kena tipu ngan jantan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan ::::
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-9-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.445647 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list