Oleh Izzah Abbasy
Tak kisahlah anda menaiki basikal, motor, kereta, bas, lori malah berjalan kaki pun pasti akan ternampak papan tanda yang diletakkan di sepanjang jalan. Bukan sahaja lebuh raya tetapi di jalan kampung juga terdapat papan tanda yang disediakan.
Walaupun setiap papan tanda adakalanya kelihatan sama atau lebih kurang, ternyata ia sebenarnya berbeza.
Berikut, perkongsian mengenai papan tanda yang wajib kita semua tahu. Jom, cek! - CARI Infonet
1. Warna Papan Tanda Yang Berbeza.
Papan tanda yang berlainan warna ini bermaksud mewakili jenis jalan raya yang berbeza.
Papan tanda berwarna biru mewakili jalan persekutuan yang tidak bertol, negeri dan perbandaran jalan raya.
Papan tanda berwarna hijau maksudnya lebuhraya Express yang bertol.
2. Jenis Jalan Raya Menurut Huruf dan Nombor.
Huruf E di depan menunjukkan lebuhraya Tol express.
Contoh, E2, E12 dan sebagainya.
Digit di depan menunjukan lebuhraya perseketuan.
Contoh 302, 501, 23 dan sebagainya
Gabungan huruf selain E dan digit menunjukkan lebuhraya negeri.
Contoh N10 mewakili lebuhraya di Negeri Sembilan.
3. Warna Huruf Papan Tanda.
Perbezaan warna huruf menunjukkan nama jalan atau nama kawasan.
Warna kuning menunjukkan nama jalan.
Putih menunjukkan nama bandar atau kawasan.
4. Anggaran Jarak Destinasi
Nama destinasi disusun mempuyai maksud yang berbeza.
Destinasi/ tempat yang paling bawah di papan tanda menunjukkan dekat.
Yang paling atas menunjukkan paling jauh.
5. Papan Tanda Berlainan maksudnya mewakili destinasi yang berbeza. Apa kaitan?
Huruf berwarna hijau dengan latar belakang putih atau huruf berwarna putih dengan latar belakang maroon bermaksud tempat tumpuan pelancong.
Huruf berwarna oren dengan latar belakang hijau menunjukkan institusi kerajaan.
Huruf berwarna hitam dengan latar belakang putih menunjukkan bandar atau kawasan.
Kredit : Facebook Astro Radio Traffic.
|