View: 1512|Reply: 5
|
Program 'Trim And Fit' Berjaya Tangani Masalah Polis Gemuk
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Program 'Trim and Fit' yang dilancarkan bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan pegawai dan anggota polis sejak Februari lepas, akan diperluaskan kepada seluruh warga polis pada 2017.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata ini berikutan program itu menunjukkan kejayaan apabila seramai 28 daripada 35 peserta program perintis berkenaan berjaya menurunkan berat badan mereka setakat ini.
Program perintis yang berakhir Jun ini akan mengumpulkan segala maklumat daripada pegawai dan anggota yang terlibat serta mencari satu rumusan yang sesuai sebelum diaplikasikan kepada seluruh warga polis, katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Dalam Radar di Bernama Radio24 di sini.
Zulkifli berkata program berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam memberikan panduan pemakanan dan latihan fizikal.
"Sebelum ini kita tidak jalankan latihan fizikal dengan cara yang betul, sebab itu hasilnya kurang baik," katanya. - CARI Infonet
Sumber: Bernama
(Sumber foto: Malaymailonline) |
|
|
|
|
|
|
|
kt bukit aman ade gym pelbagai,kt daerah mne ade. |
|
|
|
|
|
|
|
Last time saya bercikcur di court lehat set2 polisi tua majoritas gemuk2.yang muda smua slim tinggi dan jambu. |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting bukan turun berat badan sangat..tp buang lemak |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla. Jd polis tp badan memboyak baik mintak jd kerani gomen je |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus jugak inisiatif ni. Kalau obes camne nak kejor penjahat ye dak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|