CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8401|Reply: 64

[Tempatan] Update#65. El Nino: Status Bkt Merah sebagai kawasan bencana diketahui hari ini

[Copy link]
Post time 22-4-2016 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-4-2016 11:58 PM

El Nino: Tiada Lagi Tasik Di Taman Tasik Bukit Merah

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/04/22/tiada-lagi-tasik-di-bukit-merah/

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 11:07 AM

Oleh: CHRISTOPHER TAN
[email protected]


Pemandangan di Bukit Merah Laketown Resort yang dirakamkan menggunakan drone. -fotoTHESTAR

KERIAN: Pembenihan awan telah dilakukan di utara tanahair, namun fenomena El Nino masih menjejaskan empangan seluas 4,000 hektar di sini, yang juga menjadi sebahagian daripada kawasan pelancongan Bukit Merah Laketown Resort.

Empangan Bukit Merah mempunyai paras air kurang dari enam meter dan hanya tinggal 14 peratus air walaupun mempunyai kawasan tadahan berkeluasan 480 km persegi.

Lebih dari dua pertiga permukaan tasik itu kini kering dan menjadi landskap sepi dengan tunggul-tunggul pokok mati yang selama ini ditenggelami air dapat dilihat.




"Selepas pembenihan awan, hujan turun hampir setiap petang dan malam tetapi ia tidak banyak membantu meningkatkan paras air empangan.

"Tasik ini telah kehilangan terlalu banyak air," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Khamis.



Tolok hujan pada malam Rabu, katanya, menunjukkan hanya peningkatan sebanyak 2mm.

Sejak 11 April, pesawat yang sarat dengan garam halus diterbangkan untuk melakukan pembenihan awan di empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, pesawah padi mengalami kerugian besar kerana paras air yang ada tidak lagi mampu sampai ke pintu-pintu pelepasan empangan untuk disalurkan ke sawah mereka.

Mereka kini merayu kewangan untuk sara hidup daripada kerajaan Persekutuan melalui Pengerusi Pertubuhan Peladang Perak Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, yang berkata bahawa mereka telah kehilangan sekurang-kurangnya RM8 juta kerana musim penanaman yang terhenti.

Beratus-ratus kolam ikan arowana, yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di sebelah Tasik Bukit Merah, kini menahan stok ikan mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit bagi setiap ladang di kolam-kolam takungan kerana masalah air.

Turut menerima kesan adalah Bukit Merah Laketown Resort.

Walaupun masih beroperasi, kebanyakan aktiviti tasik telah dihentikan.

Pemandu bot Mohd Yusof Shamsuri, 58, berkata, Pulau Orang Utan Bukit Merah telah ditutup selama dua minggu.

"Bot penumpang kami hanya tersadai di jeti," katanya.

Seorang penduduk kampung, Shamsudin Mohammad, 66, berkata tasik itu mula mengering pada bulan Disember.

"Kami berdepan dengan musim kering setiap tahun, tetapi ini adalah yang paling teruk yang pernah saya lihat sejak tinggal di sini pada tahun 1960.

"Tempat yang pernah menjadi kawasan yang sempurna untuk menangkap ikan kini tiada lagi," katanya.

Selain Empangan Bukit Merah, infokemarau.water.gov.my juga menyenaraikan dua empangan lain yang berada dalam zon bahaya.

Empangan Bukit Kwong di Kelantan hanya mempunyai 7.81 peratus air yang tinggal dan Empangan Labong di Johor hanya mempunyai 11.98 peratus air.

Tetapi keadaan adalah berbeza di Lembah Klang apabila pengurusan taman tema tidak bimbang mengenai potensi kekurangan air.

Pengurus Desa Water Park David Wan berkata mereka mempunyai tangki simpanan untuk menyediakan air yang cukup untuk taman itu beroperasi untuk sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari semasa krisis air.

Pengarah Pemasaran Sunway Lagoon Michelle Gregory berkata ancaman kekurangan air tidak berlaku kerana bekalan air di taman itu datang terus dari tasik dan sama sekali tidak bergantung kepada sumber-sumber luar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 11:32 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:41 AM | Show all posts
uik...kering kontang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:42 AM | Show all posts
dahsyatnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:00 PM | Show all posts
de +ve dia,
wktu2 cmni, senang sket buat maintenance chalet tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:19 PM | Show all posts
dah tahap teruk ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 12:24 PM | Show all posts
mak ai... kering kontang, ade boya x agak2?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:30 PM | Show all posts
chalet tu pun sama teruk jugak..
not a good businessla kat sana..
negeri perak ni susah betul nak maju tourismnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembenihan awan kena buat awal sikir, Ni dah parah br nak buat.percaya sgt ramalan meteorology tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:31 PM | Show all posts
goshhhhhhhhh... horrible..... kering kontang teruih
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww cash!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:43 PM | Show all posts
uih...kering sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ini ke pembalasan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:43 PM | Show all posts
Pelancong pun pasti menjauh kalau dah teruk sebegitu keadaannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:01 PM | Show all posts
dah teruk tu, tutup la buat sementara waktu..
macam pulau yg tutup masa monsun..
masa tutup ni, buat la kerja penambahbaikan..
cat mana chalet yang buruk..
repair mana yang rosak..
susah orang malaysia ni..
bila musim hujan sampai banjir, mengeluh..
bila panas tak hujan pun mengeluh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:07 PM | Show all posts
dasatnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 02:09 PM | Show all posts
wah sampai macam tu sekali rupanya kat tempat korang.. kat tempat akak belum lagi la sampai kontang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:12 PM | Show all posts
kering kontang jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 22-4-2016 12:30 PM
Pembenihan awan kena buat awal sikir, Ni dah parah br nak buat.percaya sgt ramalan meteorology tu

Ni pun aku selalu tertanya2. Dah parah bagai nak rak br dgr cerita nk buat pembenihan awan. Mcm tkde langkah awal langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:53 PM | Show all posts
mmg terok keaadaanya ... hermm...

BMLR ni mmg patot buat sesuatu kt resort depa, last skli p ujung tahun lepas, mini zoo tu buleh kira je brapa haiwan yg ada, water theme park pun sama, x ada yg baru, dr aku x kwen smpai dh anak 3 mcm tu jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061632 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list