CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6853|Reply: 52

Bas Percuma Di Selangor, Diberi Percuma Salah, Tak Percuma Lagi Salah!

[Copy link]
Post time 22-4-2016 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA







Dalam usaha pihak negeri Selangor mahu memberi kemudahan bas secara percuma, rupanya ada di kalangan netizen yang berasa kurang puas hati dengan inisiatif itu.


Bukannya tidak suka dengan perkhidmatan percuma itu, namun katanya ia seolah-olah menggalakkan warga asing menggunakan bas percuma itu sewenang-wenangnya.


Berbeza dengan negeri Johor yang turut memiliki servis atau khidmat yang sama. Namun syaratnya diperketat dengan mendaftar menggunakan kad pengenalan, ujar netizen itu.


Ini membolehkan mana-mana sistem atau perkhidmatan percuma ini digunakan secara maksimum oleh golongan sasarnya. Dan bukannya bagi warga asing yang belum tentu ada permit dan visa ke sini.


Status ini mendapat respon yang sangat banyak di kalangan netizen lain. Ada yang setuju dan tak kurang juga yang kurang berkenan dengan status berkenaan.








(Sumber foto: styloibu.blogspot.com)







"Apa salahnya warga asing. Sama-sama manusia. Biarlah sama-sama menikmati kemudahan."


"Duduk secara haram, tiada permit, monopoli sektor perkilangan, kebersihan tak jaga, suka meludah..melintas jalan tak hirau keselamatan...."

Begitulah antara lain komen tentang perkhidmatan bas percuma. Bagaimana dengan anda? Percuma sudah, salah. Jika tak percuma, dicaj salah juga. Jadi, bagaimana ya? - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 11:53 AM | Show all posts
bagus setuju pendapat jie yan... semua bas percuma patut buat registration utk dpt kad percuma...

buat komen apa salahnya warga asing pun naik...akak nk bg ko...moooooo...lembu sgt komen ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:55 AM | Show all posts
berapa kerat rakyat malaysia yg memanfaatkan kemudahan bus free ni?
dekat area shah alam ada ke?
nape aku tak pernah nampak ek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:06 PM | Show all posts
tak pernah tau ada bas percuma kat selangor ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 12:13 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 22-4-2016 11:55 AM
berapa kerat rakyat malaysia yg memanfaatkan kemudahan bus free ni?
dekat area shah alam ada ke?
n ...

kat shah alam ada sis..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:13 PM | Show all posts
alasan ummah malaysia tak mahu naik public transport- banyak warga asing..busuk..kena himpit..kena raba..

bila warga asing tak ada, timbul alasan lain- cuaca panas, jarak interchange station jauh, bas tak masuk kawasan rumah...

pe'el bangsat ummah malaysia ni aku tahu sangat...
jangan kata aku bodoh menangkan warga asing..aku cakap berdasarkan pengalaman...
aku tahu lah...
aku dah lebih 10 tahun jadi pengguna tegar public transport...

yang selalu komplen pasal public transport ni pun..
sebenarnya jarang2 aja naiknya...tapi dia yang paling banyak mulut mengomen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2016 12:14 PM | Show all posts



Perkhidmatan bas percuma di kawasan MBSA melibatkan laluan sejauh 21 km. Perkhidmatan bermula di Stesen Komuter, Seksyen 19 dan akan melalui 22 perhentian iaitu:-


Bil
Hentian
1.
Stesen Komuter, Seksyen 19
2.
Balai Bomba, Seksyen 15
3.
Dataran Shah Alam/ Wisma MBSA, Seksyen 14
4.
Bangunan SUK (Pintu Masuk Utama), Seksyen 5
5.
Pasar Seksyen 6
6.
Pondok Bas Seksyen 4
7.
SK Raja Muda, Seksyen 4
8.
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2
9.
Hentian Bas, Seksyen 2
10.
Persiaran Institut (Pintu masuk utama UiTM), Seksyen 1
11.
Persiaran Institut (Pangsapuri Baiduri), Seksyen 7
12.
Persiaran Institut (UNISEL), Seksyen 7
13.
Persiaran Kayangan (UNISEL), Seksyen 7
14.
Persiaran Bestari (Tasik), Seksyen 7
15.
Persiaran Bestari (Pangsapuri Nilamsari), Seksyen 7
16.
Persiaran Bestari (SK Seksyen 7), Seksyen 7
17.
Persiaran Bestari (Masjid), Seksyen 7
18.
Persiaran Permai (Blok 4), Seksyen 7
19.
Persiaran Permai (Blok 31), Seksyen 7
20.
Persiaran Permai (SJK (T) Ladang Midlands), Seksyen 7
21.
Hentian Jakel, Seksyen 7
22.
Hospital Shah Alam, Seksyen 7




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 22-4-2016 11:53 AM
bagus setuju pendapat jie yan... semua bas percuma patut buat registration utk dpt kad percuma...
...

Aha..setuju jgk..

Yg ckp pe salah nya tu agak nya warga asing la kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 12:29 PM | Show all posts
warga asing dekat sini dgn kita menjadi 'warga asing' kat luar negara... lain bezanya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:43 PM | Show all posts
bas percuma for all.. not for malaysian only.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:55 PM | Show all posts
komen yg kata apa salhnya warga asing naik bas percuma....entah2 trisna kut
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:57 PM | Show all posts
shah alam dgn kawasan kak wan kajang ada bas percuma...tp tu la kawasan tertentu jer... aku suggest patut bas percuma ni berenti la dkt stesen2 LRT/Komuter ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:58 PM | Show all posts
kekkeladi replied at 22-4-2016 12:15 PM
Aha..setuju jgk..

Yg ckp pe salah nya tu agak nya warga asing la kot..

Trisna punya suku sakat la tu...takpun bini atau laki yg berkapelkan pendatang asing...simpati benar nmpknya dgn nasib pati
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah naik tak ramai pun warga asing sbb byk laluan melibatkan budak sekolah and uni je
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:27 PM | Show all posts
dekat pj pun ade perkhidmatan bas percuma bas kaler hijau kot..

Sokong Jie Yan, perlu ada sistem kad sbb ni Msia.. kene ada la undng2 yang melebihkan rakyat mesia.. warga asing warga pendatang haram.. banyak lagi bas lain yang BERBAYAR..

kalau semua pun nk bagi percuma dkt warga asing tanpa utamakan rakyt sndr.. tuka jela undang2 mesia. tak yah ikut..
Cuba kite pergi melancong tgk.. semua negara ada amalkan sistem untuk warganegara dah knp msia tetibe wat lepas tangan jeee...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 01:34 PM | Show all posts
CARI-MAMS replied at 22-4-2016 12:14 PM
Perkhidmatan bas percuma di kawasan MBSA melibatkan laluan sejauh 21 km. Perkhidmatan bermula  ...

thanks info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2016 02:30 PM | Show all posts
comel91 replied at 22-4-2016 01:27 PM
dekat pj pun ade perkhidmatan bas percuma bas kaler hijau kot..

Sokong Jie Yan, perlu ada sistem  ...

hehehe betul jua comel ckp ni...

dah knp semua nk pree kat warga asing, ye idok..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 02:31 PM | Show all posts
red_cattleya replied at 22-4-2016 01:01 PM
aku pernah naik tak ramai pun warga asing sbb byk laluan melibatkan budak sekolah and uni je

yeke sis..cuba share pengalaman sis guna bas percuma di Selangor.. teruja nak tahu..tq sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:38 PM | Show all posts
Kena perluaskan lagi feeder bus ni, lagi pun kaw perumahan baru bersepah. Bbaik di tumpu kan ke kawasan padat spt sek 19 sampai sek 30. Kawasan ni banyak perlukkan bas. Juga lihat di kawasan utara, sek U, banyak perumahaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 02:57 PM | Show all posts
Dah nama pun free terpulang le sapa saja nak naik.  Bas free ni pun paling dapat sambutan dikalangan pesara dan juga pelajar sekolah menengah utk gi dan balik sekolah, jimat duit mak pak dah kat situ. Kalau kita gi keluar negara terutama di negara omputih tak de pun dia org nak check IC ke passport ke baru dibenarkan naik.  Dah nama free semua dijemput naik no question asked.  Hanya ada segelintir yg tak puashati pada hal dia sendiri pun tak mahu kemudahan bus percuma yang disediakan ni sebab lebih suka pandu kereta sendiri untuk kemana2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.105088 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list