View: 1905|Reply: 6
|
[Tempatan]
Pendaki Tertua Juga 'Ulat Buku', Lee Mulakan Pendakian Tawan Everest
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Pendaki lelaki tertua Malaysia James Lee James Chong Meng 68, bersemangat menyertai "Lions Mount Everest Expedition" (MEE) 2016.
Pada Jumaat beliau memulakan pendakiannya ke Kem Satu Everest yang terletak pada ketinggian 6,000 meter dari paras laut.
Lee berkata pendakian untuk ke kem berkenaan akan mengambil masa selama lima jam perjalanan dan terpaksa melalui laluan yang sukar.
"Ini berikutan laluan di kem itu dipenuhi dengan ais glasier, berbatu dan bercuram. Saya kena melaluinya dengan penuh berhati-hati kerana laluan di atas sana licin."
Beliau berkata proses yang sama akan dilakukan untuk ke Kem Tiga dan Empat Everest secara berperingkat untuk melatih diri berada di tempat paling tinggi.
Ekspedisi anjuran Lions Club International District 308 B1 itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan memperlihatkan semangat 'Malaysia Boleh'.
Bekas jurutera itu berkata latihan pendakian akan dibuatnya secara berulang kali di kem-kem berkenaan untuk menyesuaikan diri, sebelum mendaki ke puncak Everest, yang dijangka bulan depan.
Mengenai tahap kesihatan dan kecergasannya, Lee berkata keadaan dirinya sihat dan bersemangat manakala cuaca di sana dilaporkan cerah.
Beliau yang mula mendaki gunung sebagai hobi semasa berusia 40-an, telah mendaki beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani di Indonesia, Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Ama Dablam di Nepal. - CARI Infonet
Kredit : BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Waahhh.. musim panas begini memang aman kalo dapat ke puncak everes... Nyaman deh..
Teringat gue sama movie Pak Mamat Khalid.. Tajuknya gue nggak tau.. tapi dialognya gue ingat... "Aku orang Indonesia.. Kalo nggak penuh ilmu di dada.. Takkan sampai ke puncak everes".. |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah babak tu lawak bodoh giler!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hantu kak limah balik rumah...
|
|
|
|
|
|
|
|
terbatuk-batuk bangkem tadi.. rupanya @CARI-IIN sebut nama bangkem banyak kali
Beliau berkata proses yang sama akan dilakukan untuk ke Kem Tiga dan Empat Everest secara berperingkat untuk melatih diri berada di tempat paling tinggi.
Ekspedisi anjuran Lions Club International District 308 B1 itu bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan memperlihatkan semangat 'Malaysia Boleh'.
Bekas jurutera itu berkata latihan pendakian akan dibuatnya secara berulang kali di kem-kem berkenaan untuk menyesuaikan diri, sebelum mendaki ke puncak Everest, yang dijangka bulan depan. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.. lepas ni jadi ulat gunung pulak.. silap2 lepas ni dapat pangkat 'datuk'. |
|
|
|
|
|
|
| |
|