LAGI gambar Proton Perdana 2016 bocor. Kali ini nampak lebih jelas pada bahagian hadapan dan belakang termasuklah lampu utama dinyalakan.. Turut kelihatan logo baharu Proton di mana Perdana 2016 menjadi model pertama menggunakannya.
Untuk makluman, Proton Perdana 2016 didatangkan dalam dua varian iaitu 2.0L dan 2.4L. Kesemua varian Perdana 2016 buat masa ini akan menggunakan enjin Honda Accord. Manakala penggunaan enjin baharu pula dijangka akan dipasang pada 2017. Setelah dua kali majlis pelancaran ditangguhkan, adakah Proton Perdana 2016 akan dilancarkan pada Mei 2016? Mungkin Proton nak pastikan Perdana 2016 betul-betul bersedia dan kualiti adalah yang terbaik. Tak apa, kita tunggu lagi.
Bagi anda, adakah Proton Perdana 2016 ini menarik? Seksi? Mari kita sama-sama nantikan kehadiran Proton Perdana 2016. Pastikan anda setia bersama kami untuk dapatkan berita terkini.
SUMBER: Pandulaju.com.my
|