|
Oleh : TS LOO
Ubi kentang bersifat alkali mempunyai fungsi membantu sistem badan melepaskan toksin, mencegah masalah sembelit, mengimbangkan bahan asam dalam badan.
Selain itu, ubi kentang juga berfaedah bagi perut kita, dan menghasilkan bahan antipenuaan. Makan ubi tentang dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda daripada bahan-bahan tercemar.
Namun, ubi kentang tidak sesuai dimakan bersama dengan tomato atau pisang. Makan ubi kentang bersama dengan tomato akan mengeluarkan bahan yang sukar dicernakan. Manakala, makan tomato bersama pisang akan mengakibatkan bintik pada muka anda.
Resipi masakan kali ini memperkenalkan masakan "Hirisan Ubi Kentang Masam dan Pedas".
Bahan-bahan:
ubi kentang,
minyak masak
garam
bawang putih
cuka
sos cili
Cara masak:
1. memotong ubi kendang menjadi hirisan dan rendamkan dalam air untuk seketika. Kisar bawang putih.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bawang putih kisar sehingga mengeluarkan bau wangi. Masukkan hirisan ubi kentang.
3. Masukkan sedikit air dan terus goreng. Selepas 4-5 minit, masukkan cuka, sos cili, sedikit garam dan MSG dan gaul rata sebelum dihidangkan.- CARI Infonet
sumber info: http://malay.cri.cn/ |
|