CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1967|Reply: 0

Pengurusan Anak Yang Menjimatkan, Berikut Langkahnya, Ibu!

[Copy link]
Post time 20-4-2016 04:56 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO



sumber foto: http://img.astroawani.com/



Dalam keadaan inflasi yang sedang berlaku di negara kita ini, semua kos perbelanjaan harian boleh dikatakan naik mendadak termasuklah perbelanjaan menguruskan anak khususnya bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak ramai atau keluarga yang berpendapatan sederhana, ianya sememang satu jumlah kos yang agak membebankan.




Oleh itu sebagai ibu-bapa yang bijak, anda perlu memikirkan cara terbaik untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit tetapi dalam masa yang sama berkualiti untuk anak tersayang.




Ada banyak cara yang boleh diamalkan dalam usaha untuk menjimatkan perbelanjaan dalam pengurusan anak dari masa ke semasa.







1. Borong keperluan anak
Kini ada banyak ekspo jualan barangan keperluan anak yang dianjurkan. Rebutlah peluang ini untuk membeli barangan keperluan anak dalam kuantiti borong.


Anda boleh menyimpan stok untuk tempoh yang lama. Biasanya harga yang ditawarkan memang murah berbanding harga di pasaran. Antara barangan yang sesuai dibuat stok seperti susu tepung, lampin pakai buang, tisu basah dan mandian si manja anda.




2. Jualan murah
Jangan sia-siakan jualan murah yang banyak di Malaysia ini. Tetapi pastikan anda benar-benar mendapat harga murah ketika berlangsungnya kempen jualan murah tersebut. Biasanya ketika ini anda boleh membeli pakaian anak, susu tepung, kereta sorong dan apa sahaja yang murah.




3. Bijak memlih susu tepung murah tapi berkualiti
Pemilihan susu tepung untuk anak juga membantu menjimatkan perbelanjaan keluarga. Sebagai ibu yang bijak, anda perlu memilih susu tepung yang berkualiti, membantu merangsang anak bijak dan sudah tentu menjimatkan. Nutrien penting seperti GA® dan DHA membantu dalam perhubungan sel-sel otak si manja anda.





4. Beli barangan berjenama terpakai
Siapa tak suka barangan berjenama tetapi bukan semua mampu membelinya. Contohnya kereta sorong dan kereta keselamatan bayi berjenama yang diketahui mahal harganya. Tak salah membeli barangan berjenama terpakai yang masih berkualiti kerana ia dapat menjimatkan wang anda. Kini ada banyak pilihan 'preloved item' yang boleh dibeli dan dalam masa yang sama menjimatkan.




5. Masak Sendiri & Makan di rumah berbanding di luar
Masakan ibu lebih bermakna untuk anak-anak. Selain dapat menjimatkan wang ringgit ia juga membantu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Oleh itu ibu perlu rajin memasak di rumah berbanding membawa anak-anak makan di luar. Kebersihan dan keselamatan juga lebih terjamin jika makan di rumah.




Ibu boleh juga menyertai komuniti Facebook Connected Mums Club untuk mendapatkan pelbagai resipi makanan yang menjimatkan masa dan semestinya berkhasiat untuk anak-anak.




Selain berjimat, apa yang penting buat ibu bapa adalah soal pemakanan yang diperlukan oleh anak-anak tidak harus berjimat sangat, ini kerana terdapat segelintir ibu bapa sanggup berjimat dengan hanya memilih makanan murah yang mungkin tidak berkualiti sehinggakan tumbesaran anak-anak akan terjejas. - CARI Infonet




sumber : www.mingguan wanita.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051076 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list