CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2363|Reply: 5

[Jenayah] Kenapa ngko Polis Gaji Tak cukup ke sampai nak pau budak?

 Close [Copy link]
Post time 20-4-2016 12:27 PM | Show all posts |Read mode


Pengguna media sosial baru-baru ini terkejut dengan rakaman video dua orang berpakaian seperti anggota polis yang memeras duit daripada seorang remaja lelaki.

Berdasarkan video yang dipercayai dirakam oleh seorang saksi, salah seorang lelaki berseragam warna gelap itu dilihat memeriksa dompet remaja berkenaan, sebelum menyerahkan kembali kepada remaja yang dipercayai pelajar sekolah itu.

Dia kemudian disoal oleh seorang lagi lelaki berpakaian seragam yang sama dan seperti meminta remaja itu mengeluarkan duit untuk diserahkan kepadanya.

Bagaimanapun, ketika remaja itu hendak mengeluarkan duit, lelaki terbabit dilihat menarik tangannya dengan tujuan mahu berselindung daripada dilihat orang awam.

Selepas remaja berkenaan memberikan wang kepada lelaki terbabit, dia dibenarkan untuk beredar.

Video itu dikongsi oleh Malaysia Viral Story semalam menerusi laman Facebooknya.

“Budak sekolah pun nak paw, polis sekarang gaji tak culup ke? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Mohon PDRM ambil tindakan ke atas anggota tersebut,” tulis mereka.

Perkara itu nyata mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan.

Mereka juga mendesak PDRM untuk menyiasat tindakan ini serta mengambil tindakan yang serius terhadap dua individu berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata pihaknya memandang serius insiden tersebut yang secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan.
Menurut beliau, PDRM tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya.

Malah, PDRM turut memohon kerjasama mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan insiden tersebut untuk tampil di mana-mana balai polis berdekata bagi membantu siasatan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2016 12:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu masa student kena paw dgn polis.
Kita cakap xde duit. Mereka cakap eh biasiswa baru jer keluar : kemain buat research! Kita cakap kita fakulti lain..cuti seminggu je semester panjang maka scholar masuk lambat dari yg lain. Ooooo...kami tak tau pulak pasal tu. Cuba encik check dgn informer encik. Fakulti kami dgn xxxxxx mmg lambat. bukan nila setitik rasanya tapi susu yg setitik nila sebelanga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 12:43 PM | Show all posts
ada tadi thread pasal neh. @spiderman80

ni kat fb, ada laa persatuan anak polis neh dok marah orang up status suh rakyat marhaen terasa hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 12:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cherub replied at 20-4-2016 12:36 PM
Iols dulu masa student kena paw dgn polis.
Kita cakap xde duit. Mereka cakap eh biasiswa baru jer  ...

Nyanyok hape ? Kalo takde buat salah polis tak berani peras la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.311031 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list