Bermula dengan sengal-sengal badan dan kesejukan, pelakon Rita Rudaini telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan terletak di Kuala Lumpur akibat demam denggi sejak hari Sabtu lepas.
Rita digegaskan ke hospital pada hari Jumaat lalu dan diminta untuk membuat pemeriksaan darah sebelum disahkan menghidap denggi. Malah, sejak berada didalam wad Rita merasa cukup lemah dan bacaan darah beliau agak rendah.
Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad.
Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil. Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah. Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur.
**semoga cepat sembuh ada 2 boys menanti dirumah... ...
|