|
Oleh Adib ZA
Seramai tiga individu termasuk seorang koperal polis masing-masing didakwa di tiga Mahkamah Majistret berasingan, atas tuduhan terlibat dengan kumpulan militan IS.
Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, koperal Jusninawati Abdul Gani, 34 didakwa atas tuduhan dengan sengaja tidak memberi maklumat tentang kumpulan IS sejak Ogos tahun lalu.
Manakala, di Mahkamah Majistret Selayang, Mohd Haniffa Syedul Akbar, 36, yang bekerja sebagai pengurup wang didakwa atas tuduhan memiliki barang yang mempunyai kaitan dengan perbuatan pengganas, Mac lalu.
Seterusnya, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pula, peniaga Mohd Naazri Ishak, 49, didakwa menyediakan kemudahan akaun Maybank untuk kegunaan kumpulan pengganas, pada Mac lalu.
Ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan sebarang jaminan oleh mahkamah. - CARI Infonet
Baca selanjutnya: Berita Harian
(Sumber foto: BH Online) |
|