CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9006|Reply: 95

[Tempatan] Akhirnya, CEO Rayani Air sedia lepaskan share

[Copy link]
Post time 19-4-2016 09:06 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersedia untuk melepaskan sebahagian pegangan sahamnya kepada mana-mana pelabur demi memastikan syarikat penerbangan itu terus berkembang dan kekal relevan dalam industri.

Beliau yang juga pemilik Rayani Air berkata, kekurangan dana merupakan antara faktor utama syarikat penerbangan itu berdepan dengan masalah sehingga timbul tindakan mogok yang dilancarkan juruterbangnya baru-baru ini.

Bagaimanapun Ravi menjelaskan keputusan melepaskan pegangan saham itu bukan bertujuan untuk ‘menjual’ syarikat penerbangan yang dibinanya selama ini bersama isteri, Datuk Karthiyani Govindan.

“Saya bukan menjual sepenuhnya tetapi saya akan membiarkan mereka (pelabur) mengembangkan syarikat.

“Mana-mana pihak yang mahu melabur dan mengembangkan syarikat, kita sedia (melepaskan sebahagian pegangan),” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

mStar Default Image
CEO Rayani Air sedia melepaskan sebahagian pegangan sahamnya demi memastikan syarikat penerbangan itu terus berkembang.

Minggu lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan penggantungan operasi Rayani Air selama tiga bulan.

Ditanya adakah keputusan itu menunjukkan beliau sudah berputus asa untuk mengusahakan Rayani Air yang tidak henti dilanda masalah dan kontroversi, Ravi berkata, beliau masih pemilik syarikat tetapi hanya pegangan saham yang akan berkurangan.

“Saya merupakan pemilik Rayani Air dan sekarang mempunyai 100 peratus pegangan saham, tetapi kita sedia melepaskan sebahagiannya.

"Saya dan isteri serta warga kerja Rayani Air sayangkan syarikat ini. Kami mahu ia terus bergembang dan kekal relevan,” katanya.

Menurut Ravi, setakat ini terdapat empat pelabur yang menawarkan dana kepada syarikat penerbangan itu - tiga syarikat tempatan dan satu pelabur asing.

Bagaimananapun katanya, kesemua pelabur membuat tawaran untuk sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan saham.

“Kita bersedia untuk melepaskannya. Bagaimanapun, kita perlu teliti terlebih dahulu dengan janji, pihak berkenaan akan melabur dan mengembangkan syarikat,” ujar Ravi.

mStar Default Image
Terdapat pelabur tempatan dan asing yang berminat untuk melabur dalam Rayani Air.

Mengenai perolehan dana, Ravi menjelaskan bahawa peringkat awal ialah melangsaikan semua hutang-hutang dan membayar gaji pekerja.

“Sebagaimana yang kita maklumkan sebelum ini, kita akan melaksanakan penstrukturan semula di samping memastikan operasi dan pengurusan lebih cekap.

"Kita akan melaksanakan perkara ini terlebih dahulu sebelum pelan pengembangan," katanya.

Mstar Online sebelum ini mendedahkan terdapat sebuah syarikat yang tampil untuk membuat penajaan berjumlah ‘jutaan ringgit’ bagi fasa pertama dan mendakwa urusan berkenaan hampir dimuktamadkan.

Menurut Ravi, penajaan itu bagaimanapun ditarik balik selepas pelabur mengetahui terdapat masalah dalaman berkaitan tindakan mogok juruterbang sehingga memaksa penerbangan dibatalkan.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sampai setengah tahun pun beroperasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:09 AM | Show all posts
mesti ada nnti yg beli ni.peluang bg org mcm Tony Fernandes.
ini pndapat aku lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye die.. non-muslim buat business patuh syariah Islam....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 19-4-2016 09:13 AM
Kesian nye die.. non-muslim buat business patuh syariah Islam....

Dan yg dpt busuk dan dimomokkan adalah Islam bkn CEO hangit nih pun..... babi btol
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dato zaidy nak beli. Tapi dia ni kejap cakap lain pastu hari lain tukar lain plak.
Kejap 40 juta kejap tukar 60juta plak.
Lansung tawar hati org.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 19-4-2016 09:06 AM
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersedia untuk melepaskan seba ...

mohon dato vida amik alih..bole la sheolss produk muah2 sheolss dlm flight smbil promosi muka sheolss besar kt badan flight


hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:43 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-4-2016 09:25 AM
mohon dato vida amik alih..bole la sheolss produk muah2 sheolss dlm flight smbil promosi muka sheo ...

siot la....aku da terbayang-bayang dah... muah muah..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 19-4-2016 09:43 AM
siot la....aku da terbayang-bayang dah... muah muah..

chuolss rasa..mesti hbs la penuh iklan muka sheolls je...muah muah


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:46 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-4-2016 09:44 AM
chuolss rasa..mesti hbs la penuh iklan muka sheolls je...muah muah

pulaknya marketing guna pic close up mcm ni...lagi rasa nak tumbuk muka dia


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:47 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-4-2016 09:25 AM
mohon dato vida amik alih..bole la sheolss produk muah2 sheolss dlm flight smbil promosi muka sheo ...

jgn buat psl
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 09:55 AM | Show all posts
kentel replied at 19-4-2016 09:46 AM
pulaknya marketing guna pic close up mcm ni...lagi rasa nak tumbuk muka dia

ni logo baru



nama kasi tukar jd..... Rayani Pamoga Quteh Puteh Air Nyum Nyum

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:03 AM | Show all posts
axl_bach replied at 19-4-2016 09:17 AM
Dan yg dpt busuk dan dimomokkan adalah Islam bkn CEO hangit nih pun..... babi btol

musuh Islam ada di mana2.  Apa saja yg ada kaitan dgn Islam, bila gagal, tak elok atau busuk, Islam yg dipertanggungjawab tetapi tidak pengamalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:04 AM | Show all posts
kentel replied at 19-4-2016 09:46 AM
pulaknya marketing guna pic close up mcm ni...lagi rasa nak tumbuk muka dia

kah kah kah..

pilot xleh fokus..risau la menganggu penglihatan je
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:06 AM | Show all posts

hahaah cuba chuolss komen kt fb sheolss mohon usulkan cadangan ni..mesti sheolss pertimbangkan..

pastu dan dan mail jdt/alfi terlajak laris pn nk berebut beli share rayani ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:06 AM | Show all posts



choiii sgt...hbs la dia request sume benda kaler pink
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2016 10:08 AM | Show all posts
Tuhan Hindu dah marah kat keling tak sedar diri ni....asyik menjaja agama org Melayu je keje...lain kali buat la bisnez Hindu compliance
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:09 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-4-2016 10:06 AM
choiii sgt...hbs la dia request sume benda kaler pink

tagline apa yg sesuai.....

"qu terbang... qu terbang.... muahhhh".....  erkkk mcm tak best je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:09 AM | Show all posts
kahkahakah.. pamoga rayani Qu puteh Air. Flight warna pink. all stewardess kena pakai crown.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2016 10:13 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 19-4-2016 10:06 AM
hahaah cuba chuolss komen kt fb sheolss mohon usulkan cadangan ni..mesti sheolss pertimbangkan..
...

xnk... hahaha

annoying. klu mail ditukar nya johor air, alif terlajak air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.092123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list